seismik

[TIPS] Gaya Rambut Lelaki Yang Sesuai Ikut Bentuk Wajah

Kalau nak 'glow up' boleh lah guna tips ini.

Cover image via @nadhirnasar_ (Instagram) & Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rambut merupakan aset yang paling penting bukan saja pada wanita tetapi juga lelaki

Dengan penjagaan rambut baik, style yang sesuai mengikut bentuk wajah dan memilik gaya tersendiri mampu memberikan seseorang lelaki itu glow up dan nampak lebih menarik. 

Jadi para lelaki yang inginkan transformasi luar biasa sebelum hari istimewa, boleh ikuti cara-cara untuk mengenali gaya rambut yang sesuai dengan bentuk wajah anda. 

1. Oblong

Image via Maskulin

Oblong merupakan bentuk muka yang lebih panjang daripada lebar. Lelaki yang mempunyai bentuk oblong, potongan rambut pendek adalah digalakkan. 

Namun, para lelaki perlu berhati- hati jika mempunyai jambang, pastikan ia tidak terlalu tebal kerana ia mampu membuatkan muka anda kelihatan besar dan lebar. 

Tambahan pula, bagi bentuk oblong, rambut tidak perlu dipotong terlalu nipis di bahagian tepi. 

2. Bulat

Image via The Malaya Post

Muka bulat adalah saiz bentuk yang mempunyai panjang dan juga lebar yang sama. Berbeza dengan bentuk muka oblong, muka bulat dicadangkan untuk mempunyai potongan rambut yang nipis bahagian tepi rambut. 

3. Oval

Image via Maskulin

Bagi yang mempunyai bentuk muka runcing dan tidak menampakkan tulang rahang ini, anda sangat bertuah kerana banyak jenis gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda. Namun, hati-hati dengan pemilihan rambut menutupi dahi kerana ia mampu membuatkan muka anda lebih bulat.

4. Diamond

Bentuk muka yang mempunyai jawline dengan tulang pipi berbentuk ini amat sesuai menggayakan rambut menutupi ruang dahi. Anda juga boleh mempunyai jambang bagi menyerlahkan lagi bentuk muka anda dan nampak lebih maskulin!

5. Petak

Bentuk muka petak yang mempunyai tulang muka lebih jelas dan nampak maskulin ini lebih sesuai memiliki rambut nipis di bahagian kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas. Baru nampak lebih menarik dan kacak bergaya!

Image via googleapis.com

6. Triangle

Bagi siapa yang tidak tahu, bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang lebih lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi. Lelaki yang mempunyai bentuk muka ini amat sesuai untuk menggayakan rambut yang medium iaitu tidak terlalu panjang dan terlalu pendek.

Kalau nak nampak lebih handsome boleh lah cuba ubah gaya rambut anda mengikut bentuk wajah, semoga berjaya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: