seismik

Lelaki Ini Kongsi 20 Tips Penting Bawa Anak Kecil 'Travel' Ke Pulau Jeju. Seronoknya!

Dengan persediaan rapi, pastinya tidak mustahil.

Cover image via Azli Ismail / Facebook

Sekarang ini, Pulau Jeju telah menjadi salah satu checklist wajib bagi kebanyakan pelancong Malaysia

Sejak AirAsia memperkenal direct flight ke Jeju pada Disember tahun lepas, pelancong Malaysia mula berbondong-bondong datang ke pulau magikal ini yang juga tersenarai dalam '7 Wonders of Nature' sejak 2011.

Keindahan alam semula jadi Pulau Jeju menjadikan ia begitu popular dan sering menerima kunjungan pelancong dari serata dunia. Jeju juga dikatakan sesuai dan merupakan sebuah destinasi yang friendly untuk dijelajah bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Image via rador.ro

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana pula jika ingin membawa anak-anak kecil melancong sekali ke Jeju. Adakah ianya sesuai?

Isu membawa anak-anak kecil sering kali menjadi persoalan penting untuk ibu bapa ambil berat sebelum melancong ke sesuatu tempat, tidak kiralah sama ada di dalam atau luar negara. Maklumlah, keperluan dan keselesaan anak-anak haruslah diutamakan terlebih dahulu.

Namun persoalan ini telah pun dijawab oleh seorang pengguna Facebook, Azli Ismail yang baru-baru ini telah membawa bukan seorang, bukan dua orang, tetapi empat orang anak kecil bersamanya ke Jeju. Walaupun menjelajah tanpa itinerari bertulis, perjalanan sekeluarga Azli di Jeju berjalan lancar sepanjang 6 hari di sana.

Empat anak kecil Azli.

Image via Azli Ismail / Facebook

Macam mana Azli lakukan? Baca 20 tips yang dikongsi beliau di bawah:

20 Tips bawa anak-anak ke Pulau Jeju, Korea.

Aku pilih Jeju sebab udara nyaman, sejuk, ada gunung dan ada pantai, bukan sebab aku peminat K-Pop mahupun drama jiwang Korea.

Tiada plan atau Itenarary bertulis pun, aku #terusrempuh ke sana dan poin-poin di bawah aku kongsikan khas untuk korang.

1. Beli tiket Air Asia, direct flight, lebih awal lebih murah, beli masa promo. Duration flight 6 jam.

2. Jeju ini istimewa, hanya 11 negara sahaja yang perlukan visa, so aku bawa bibik lah bagi dia peluang merasa bercuti.

3. Untuk anak ramai macam aku, aku book penginapan ikut AirBnb. 1 rumah 3 bilik dan punya dapur. Harga sekitar RM400-RM700 semalam, kalau book awal boleh dapat unit yang gempak-gempak lengkap dengan seaview.

Homestay kami, seaview.

Image via Azli Ismail / Facebook

4. Jeju ini besar 3 kali Singapore, so aku duduk 2 kawasan berbeza, 3 hari pertama duduk di kawasan Barat dan 3 hari terakhir di kawasan timur. Jadi senang nak explore Jeju dan jimat masa.

5. Aku sewa kereta dengan agen Malaysia di sana, google je sewa kereta jeju, berurusan dengan email, pantas cepat dan bayaran ikut online banking.

6. Untuk sewa kereta perlukan Lesen Antarabangsa, atau pun singkatannya IDP, pergi JPJ isi borang dan bayar RM150. Kalau tak ramai orang, 20 minit siap. Gambar size passport bawa 1 keping.

7. Masak sendiri, restoran Halal sangat-sangat kurang di sana. Beli barang dapur di Mart besar mereka lebih murah berbanding Dongmun Market yang popular tu.

8. Korea menggunakan matawang Won, 1000KRW lebih kurang RM3.80. 2 ekor sotong besar segar RM40.00, buat sotong kunyit sedap dan berbaloi.

9. Beli sabun samak jenama Taharah untuk sucikan peralatan memasak.

10. Beras bawa dari Malaysia, dekat sana beras bulat sticky rice, sekilo RM70, mana masuk dengan tekak Hang Jebat macam aku ni. Telur 10 biji RM13++.

11. Masak pagi-pagi dan bawa bekal, jimat masa dan jimat belanja, di Jeju kaki lima pun cantik, bersih, so parking je mana-mana untuk lunch dengan bekal yang siap dibawa.

12. Suhu paling tinggi di Jeju pada bulan Ogos, sekitar 27 C, sewaktu aku di sana adalah penghujung Autumn, dan nak masuk ke Winter. Sejuk betul, sunrise jam 7 pagi dan sunset jam 5 petang, so siang agak pendek.

13. Attraction untuk anak-anak, Brick Campus, Maze Park, Super Hero Museum, Hello Kitty Island, Shinhwa Themepark, Dinasour Themepark dan macam-macam lagi. Museum KPop pun hado.. nama dia Play Kpop, tapi aku tak pergilah.

14. Jeju tempat yang sangat cantik, bawalah camera, shoot banyak-banyak buat kenangan bersama anak-anak.

15. Di Jeju setiap 1-2 KM ada speedtrap camera, maksimum speed 70 sahaja. Kereta left hand drive. Jangan risau, mula-mula je kekok, lepas 1-2 jam dah ok melainkan kau pakai lesen terbang.

16. Barang runcit di Jeju memang agak sedikit mahal, bawang 3-4 biji RM10, tetapi masak lebih jimat, hari pertama aku makan sepinggan nasi beryani RM70++, portion kecil dan tak sedap. Jadi kami decide untuk masak sahaja sepanjang trip.

17. Untuk anak-anak bawalah bekalan ubat demam, selsema dan lain-lain. Kalau musim sejuk glove wajib, aku punya tangan kebas sebab sejuk.

18. Walaupun aku tiada plan terperinci, perjalanan kali ini Allah mudahkan, owner unit AirBnb banyak bantu bagi info, sebab itu aku suka guna AirBnb.

19. Di Jeju banyak ladang Tangerine, beli sedikit buat kudapan di dalam kereta, tiada biji, manis dan melancarkan sistem pencernaan.

20. Jeju ada musim salji, musim bunga, musim luruh, pilihlah musim mana nak pergi, ikut selera masing-masing, mat saleh kata, you can’t go wrong.

Azri turut menyelitkan sebuah video berdurasi 1 minit 8 saat untuk tontonan orang ramai:

Posted by Azli Ismail on Sunday, November 25, 2018

Akhir kata daripada Azli...

Sejujurnya, aku excited untuk repeat ke Jeju lagi, ada banyak tempat yang belum di explore. Aku harap korang juga berpeluang bermusafir ke sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Diharap pengalaman travel anda tidak seperti lelaki ini ya:

Lagi artikel travel yang best!

You may be interested in: