seismik

Tindakan Tegas Akan Diambil Jika Premis Warga Asing Masih Guna Papan Tanda Tanpa Permit

Difahamkan, terdapat tulisan Nepal dan Bangladesh kelihatan di mana-mana berdekatan kawasan ‘Mini Dhaka’, Kuala Lumpur.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagai berada di bumi asing, itulah yang terlintas di fikiran rakyat Malaysia jika berjalan di Jalan Silang dan Lebuh Pudu, Kuala Lumpur kerana kebanyakan restoran dan kedai di sana dimonopoli oleh Nepal dan Bangladesh

Menurut laporan Harian Metro, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengeluarkan 264 notis ke atas 36 premis sepanjang tahun ini untuk diambil tindakan berhubung isu papan tanda premis.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, antara kesalahan dikenakan tindakan adalah penggunaan papan tanda tidak mendapat permit DBKL atau papan tanda dipaparkan tidak mengikut kelulusan permit diberikan.

Menurutnya, notis juga diberikan dalam tempoh munasabah kepada pemilik premis untuk mengambil tindakan sebelum penguatkuasaan dibuat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa

Image via Utusan

"DBKL melalui Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, Akta Kerajaan Tempatan 1976 menetapkan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan perlu diutamakan pada papan tanda premis.

"Huruf-huruf dan perkataan dalam bahasa kebangsaan hendaklah diberi keutamaan dan hendaklah dari saiz yang lebih besar daripada huruf-huruf atau tulisan perkataan dalam bahasa lain," katanya.

Difahamkan, Jalan Silang dan Lebuh Pudu yang terkenal dengan jolokan 'Mini Dhaka', jelas kelihatan tulisan Nepal, Bangladesh dan sebagainya di restoran, kedai gunting rambut, kedai tukaran mata wang serta pelbagai premis lain

Beliau berkata, Malaysia mengamalkan prinsip rule of law di mana undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasa adalah untuk memastikan keadilan serta keharmonian dalam masyarakat terjamin.

"Justeru, semua pihak tanpa mengira latar belakang perlu untuk mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan.

"Papan tanda juga perlu mendapatkan pengesahan visual daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebagai dokumen wajib untuk memohon kelulusan DBKL.

"Tindakan penguatkuasaan oleh pihak DBKL ini adalah dalam pengetahuan saya selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan," katanya.

Image via Harian Metro

Beliau berkata, keputusan ini turut konsisten dengan pendekatan yang diambil sejak isu Jalan Silang sebagai Mini Dhaka berbangkit lagi.

"Penguatkuasaan dilakukan bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu, tetapi atas dasar memastikan peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi.

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak, termasuk ahli politik, agar menghentikan polemik ini. Kita mempunyai banyak agenda penting untuk diberi perhatian, dan bermain dengan sentimen perkauman seperti ini hanya akan mewujudkan polarisasi yang memecahbelahkan rakyat sahaja," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: