seismik

TikTok Shop Meraikan Pencipta Kandungan Dalam Malam Anugerah Raikan Raya 2025

Malam anugerah Raikan Raya 2025 telah berlangsung pada 15 April 2024 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre.

Cover image via TikTok Shop

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pencipta-pencipta kandungan TikTok Shop sepanjang kempen Ramadan dan Raya mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah Raikan Raya 2025

Antara pencipta kandungan afiliasi dan penjual yang menerima pengiktirafan di majlis malam anugerah ‘Raikan Raya 2025’ TikTok Shop termasuk Anas Zahrin (Pencipta Terbaik), Khairul Aming (Siaran Langsung Terbaik), ELGINI Malaysia (Penjual Gaya Hidup Terbaik), Bulan Bintang (Penjual Fesyen Terbaik), Nur Food (Penjual Keperluan Harian Terbaik), Skintific Malaysia (Penjual Kecantikan dan Penjagaan Diri Terbaik), GOOJODOQ Malaysia (Penjual Elektronik Terbaik), LadyBossRafa (Penjual Kesihatan Terbaik) dan ramai lagi.

Pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata TikTok Shop telah mengembangkan lagi jenama mereka terutamanya dalam aspek berhubung dengan pelanggan.

"Memenangi anugerah Penjual Fesyen Terbaik di ‘Raikan Raya 2025’ TikTok Shop merupakan satu pencapaian membanggakan buat kami. Platform unik ini membolehkan kami melangkaui sempadan peruncitan tradisional, dan mentransformasikan kempen perayaan kepada hubungan yang bermakna dengan pelanggan.

"TikTok Shop bukan sekadar saluran jualan – ia adalah tempat pertemuan antara e-dagang, budaya, penceritaan dan interaksi masa sebenar. Kami berbesar hati untuk terus berkembang bersama platform e-dagang ini yang menyokong jenama tempatan Malaysia," katanya.

Image via TikTok Shop

Perniagaan Malaysia catat lebih dua kali ganda pertumbuhan di TikTok Shop sepanjang musim Ramadan dan Raya

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), jenama tempatan serta pencipta kandungan afiliasi Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 100% di TikTok Shop dalam musim kempen Ramadan dan Raya.

Momentum ini dipacu oleh kolaborasi yang lebih pelbagai antara penjual dan pencipta kandungan, yang melibatkan lebih 3 juta pencipta kandungan afiliasi dan lebih 1.7 juta penjual tempatan. Purata jumlah pesanan bagi setiap pelanggan turut meningkat lebih dua kali ganda berbanding tempoh bukan kempen, manakala peningkatan jualan tahunan jenama tulen dan premium di TikTok Shop Mall mencatatkan kadar hampir 1.2 kali ganda lebih tinggi berbanding pertumbuhan keseluruhan platform.

Permintaan pengguna yang tinggi dapat dilihat pada kategori produk perayaan utama, dengan Fesyen Muslim, Kecantikan & Penjagaan Diri serta Makanan & Minuman muncul sebagai kategori paling laris sepanjang Ramadan dan Raya tahun ini.

Image via TikTok Shop

Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, menegaskan platform tersebut akan terus komited membantu rakyat Malaysia berniaga melalui TikTok Shop.

"Pertumbuhan jualan tahunan sebanyak 100% yang dicapai oleh PMKS, pencipta kandungan dan jenama Malaysia mencerminkan komuniti kami yang semakin berkembang, kuasa beli pengguna yang lebih tinggi serta kerjasama awam-swasta yang lebih kukuh.

"TikTok Shop akan terus komited membantu lebih ramai rakyat Malaysia membina mata pencarian yang lestari melalui e-dagang, sambil kami meneruskan momentum ini," katanya.

Image via TikTok Shop

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: