seismik

Tiga Lelaki Berparang Samun Taska Di Sabak Bernam, Larikan Rantai Emas Lepas Tampar Guru

Taska pun dah tak selamat sekarang.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga lelaki bersenjatakan parang dilaporkan menyamun sebuah taska dan bertindak agresif dengan menampar seorang guru wanita di Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini

Menurut laporan Sinar Harian, insiden terbabit berlaku kira-kira jam 9.35 pagi ketika dua guru wanita dan seorang pembantu dapur sedang menunggu kedatangan kanak-kanak di taska itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang guru yang memaklumkan disamun tiga lelaki tempatan menaiki kereta Perodua Bezza.

"Ketiga-tiga suspek bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam premis dan melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit milik dua guru terbabit.

"Polis menerima maklumat, salah seorang suspek bersenjatakan parang bertindak agresif dengan menampar guru wanita terbabit sebanyak dua kali di bahagian pipi kiri dan kanan," katanya.

Image via Sinar Harian

Terdapat dua guru, seorang pembantu dapur dan 10 kanak-kanak di premis berkenaan semasa kejadian

"Bagaimanapun tiada kanak-kanak cedera, namun dua guru taska mengalami kerugian selepas barangan kemas dan telefon bimbit jenama Realme dilarikan suspek.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun serta denda dan sebatan," katanya lagi.

Difahamkan, kes tersebut disiasat mengikut seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun bersenjata secara berkumpulan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: