Siapa Calon Misteri Yang Bakal Dinobatkan Sebagai Presiden FAM Baru?
Buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dipegang Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan dicabar.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin Mengesahkan Bahawa Terdapat Tiga Calon Yang Bakal Bertanding Untuk Jawatan Presiden FAM
Pertandingan tiga penjuru untuk jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka bakal berlaku pada Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei 2014, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Penyerahan nama calon-calon untuk Kongres Ke-50 telah ditutup. Tiga nama telah dicalonkan untuk jawatan presiden.
Nama Ketiga-Tiga Calon Tersebut Walau Bagaimanapun Tidak Didedahkan Kepada Umum
Hamidin (kanan) dan Datuk Seri Afandi Hamzah menjawab soalan wartawan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 2 April 2014.
Image via kosmo.com.myBagaimanapun senarai nama tiga pencalonan jawatan ini tidak didedahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Khabar Angin Mengatakan Dua Calon Terbabit Adalah Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim Dan Juga Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad
Walaupun belum ada pengesahan yang kukuh mengenai pencalonan ini, Tunku Ismail dan Tengku Abdullah menjadi pilihan untuk merebut jawatan utama FAM ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Image via beta.aquila-style.comBegitupun, Tengku Abdullah dijangka hanya berminat untuk mempertahankan kerusi Timbalan Presiden FAM jika benar ayahandanya, Sultan Ahmad Shah masih bertanding dalam Mesyuarat Kongres ke-50 bagi penggal 2014-2018.
kosmo.com.myUntuk Makluman, Presiden FAM Masa Kini, Sultan Ahmad Shah Telah Memegang Tampuk Pemerintahan Sejak Tahun 1984
Peminat Bola Sepak Malaysia Merasakan Sudah Tiba Masanya Untuk Beliau Meletak Jawatan
Penyokong bola sepak Malaysia sudah lama mahukan jawatan Presiden ditukar.
Image via bm.theantdaily.com