seismik

"Bukan Kami Yang Kumpul Dana RM70,000 Untuk Bantu Bebaskan Doktor Gigi Palsu" - PPIM

Segala ‘fundraising’ tidak melibatkan PPIM sama sekali.

Cover image via SAYS

Sehingga kini, isu berkaitan seorang doktor gigi palsu yang menjalankan perkhidmatan mendakap gigi tanpa tauliah masih lagi hangat diperkatakan

Image via NST

Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, 25 Januari lalu.

Disebabkan itu, dia telah dipenjara selama 6 hari kerana gagal membayar denda RM70,000 selepas mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen.

Bagaimanapun, Nur Farahanis dibebaskan Jumaat lepas setelah sebuah kelab permotoran, Dragon 76 mengumpulkan jumlah wang terbabit atas bantuan orang ramai dan beberapa NGO lain bagi membebaskan pesalah.

Namun, kecoh sebelum ini apabila dilaporkan Persatuan Pengguna Islam (PPIM) juga dikatakan turut membantu dalam pembebasan individu terbabit

Orang ramai serba sedikit hampa dan berasa kesal tindakan yang kononnya dibuat oleh pihak NGO tersebut.

Bagi menjawab persoalan dan tuduhan tersebut, pihak PPIM telah membuat satu kenyataan media sebentar tadi dengan mendakwa bahawa mereka tidak pernah menyokong dan membantu membebaskan pesalah terbabit.

PPIM hanya berperanan dan terlibat dalam memberikan khidmat nasihat kepada pihak keluarga dan peguam ‘Doktor Gigi Palsu’ yang hadir berjumpa Ketua Aktivis PPIM, selepas hukuman dijatuhkan kepada individu terbabit.

Baca kenyataan media penuh PPIM di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel berkenaan isu ini di bawah:

You may be interested in: