seismik

Tiba-Tiba Rasa Pelik Masa Suapan Kedua, Gadis Ini Terkejut Tak Sengaja Makan Daging Babi

Ah sudah.

Cover image via @gtnihehe (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila sebut tentang makanan, orang Islam haruslah mengambil berat tentang halal dan haram

Tambahan pula jika kita berasa was-was sekiranya makanan di restoran itu tiada tanda halal walaupun ramai orang Muslim pernah makan di situ.

Seeloknya kita bertanya dulu sebelum singgah ke sesebuah restoran tersebut. Kalau termakan daging babi, kita yang susah nanti.

Malangnya, insiden yang terjadi kepada gadis ini semasa di sebuah lokasi festival makanan telah meraih perhatian ramai gara-gara dia termakan daging babi.

Lihat video penuh itu di bawah:

Rasa tak sedap hati masa suapan kedua, tapi teruskan makan sebab perut lapar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gtnihehe, kelihatan gadis itu dan teman lelakinya sedang menikmati hidangan di sebuah warung dan memesan mi goreng kicap.

Namun, sebaik saja suapan keduanya, dia mula curiga dengan topping daging merah yang mempunyai rasa yang pelik.

Disebabkan terlalu lapar, dia tetap menghabiskan makanannya itu. Sebaik saja dia bertanya kepada tukang masak, rupa-rupanya daging itu adalah sosej yang diperbuat daripada daging babi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 9.5M tontonan, 644.7K tanda suka serta 5.6K perkongsian di TikTok

Rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenainya. Mereka juga pelik kenapa gadis itu tidak bertanya sama ada makanan di warung itu halal atau haram.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam mana dia boleh teruskan makan walaupun dah rasa pelik? Hmm :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: