seismik

“Tiada Rentas Daerah Ketika Aidilfitri Dalam PKPB Di Pahang” - Ketua Polis Daerah Kuantan

Namun begitu, aktiviti ziarah Aidilfitri di rumah jiran dalam kawasan taman perumahan sama dibenarkan dengan mengawal kunjungan tetamu supaya tidak terlalu ramai.

Cover image via upstation.asia

Pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa pergerakan rentas daerah adalah TIDAK DIBENARKAN dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dhia

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali yang turut berkata bahawa larangan berkenaan dibuat susulan kesukaran untuk memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, aktiviti ziarah Aidilfitri di rumah jiran tertangga dalam kawasan taman perumahan yang sama adalah dibenarkan dengan cara mengawal kunjungan tetamu supaya tidak terlalu ramai dalam satu masa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Image via Astro Awani

"Aktiviti ziarah Aidilfitri antara daerah dengan daerah tidak benarkan sama sekali kerana ia membabitkan jarak jauh, ziarah yang terbaik adalah dalam satu taman kerana kita pasti mengetahui status jangkitan COVID-19 di kawasan taman terbabit.

"Kita bimbang jika ziarah rentas daerah dilakukan ia boleh mengundang penularan jangkitan wabak COVID-19 memandangkan kita tidak mengetahui tahap atau status kesihatan individu yang datang berkunjung rumah.

"Kali ini masyarakat perlu menerima hakikat bahawa sambutan Aidilfitri tidak semeriah sebelum ini kerana kita sedang berdepan dengan wabak yang belum selesai," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: