seismik

"Tiada Campuran" - Kelantan Bakal Keluarkan Beras Jenama Sendiri Mulai Ogos Ini

Difahamkan, pengeluaran padi tahun ini akan meningkat dan mencukupi ekoran cuaca yang agak baik.

Cover image via Berita Harian & Business Today

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kelantan bakal memulakan pengeluaran beras sendiri bermula Ogos tahun ini

Ia seiring dengan penyempurnaan pembinaan Kilang Padi dan Beras Darul Naim Sdn Bhd di Meranti, Pasir Mas yang dijangka akan siap menjelang musim pertama pengeluaran padi tahun ini.

Menerusi laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi negeri Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memberitahu kilang tersebut akan mengeluarkan beras lima kilogram (kg) berjenama Darul Naim.

Selain itu, ia akan membuka lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di negeri itu.

Gambar kecil: Tuan Mohd Saripuddin.

Image via Sinar Harian

Tiada campuran beras import dan tempatan

Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya sudah berbincang dan mengatur strategi untuk beras tempatan yang diproses di kilang milik kerajaan negeri tiada campuran beras lain.

"Kita akan melakukan proses beras serta dikampitkan dengan jenama Darul Naim," katanya.

Menjawab soalan Mohd Adanan Hassan (Pas- Kelaboran) mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan Kelantan dapat mengeluarkan beras sendiri, Tuan Mohd Saripuddin berkata, Ahad ini akan diadakan solat hajat sempena kilang berkenaan memulakan pembelian padi untuk diproses.

Katanya kapasiti pengeluaran kilang berkenaan dianggarkan sebanyak 600 tan metrik sehari dengan simpanan padi kering melebih 40,000 tan metrik.

Malah, pengeluaran padi tahun ini akan meningkat dan mencukupi ekoran cuaca yang agak baik.

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: