seismik

"The Rock Pun Dia Bantai" - Aksi Budak Ini Syok Main Gusti Seorang Diri Curi Tumpuan Ramai

Powerlah dik!

Cover image via @_sh4fix (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai anak kecil kadangkala memang akan memeningkan kepala kita kerana perlu melayan kerenah mereka

Tambahan lagi jika mereka adalah anak lelaki, ramai orang berpendapat anak lelaki lebih banyak ragamnya kerana perangai mereka yang lasak.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang budak lelaki seronok bermain gusti seorang diri mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tergelak tengok gelagat anak main gusti seorang diri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain gusti seorang diri sambil dirakam oleh ayahnya.

Kanak-kanak itu kemudian memulakan pelbagai gaya yang tidak ubah seperti WWE. Dia mula meloncat dan menumbuk patung yang ada di dalam gelanggang tersebut.

Malah, apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap menari seolah-olah telah menewaskan lawannya dan memenangi perlawanan itu. Aksinya itu membuatkan si ayah tergelak melihat gelagat anaknya itu.

"Bila bapa yang jaga anak macam ni lah hahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan diruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut. Malah, ramai yang suka melihat pelbagai gaya yang dilakukannya itu

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 869.5K views, 100.8K likes dan 2,809 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kemain ya dik, hebat betul dia belasah patung tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: