seismik

Thailand Bakal Kenakan Bayaran Masuk RM39 Bagi Pelancong Yang Tiba Mulai Jun Ini

Bagaimanapun, yuran itu tidak dikutip daripada warga asing yang mempunyai permit kerja dan pas sempadan.

Cover image via The Sun Daily & Berita Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula Jun ini, Thailand bercadang bakal mengutip bayaran 300 baht (RM39.25) daripada pelancong asing yang tiba di negara itu

Menurut laporan menerusi Channel News Asia (CNA), yuran itu difahamkan akan digunakan untuk membantu pelancong jika dalam kemalangan selain membangunkan destinasi pelancongan.

Pelancongan adalah sektor utama di ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu dan menyumbangkan 12 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebelum pandemik Covid-19.

"Yuran ini tidak dikutip daripada warga asing yang mempunyai permit kerja dan pas sempadan," kata Menteri Pelancongan, Phiphat Ratchakitprakarn.

Cadangan itu mula dipertimbangkan pada tahun lalu dan masih lagi tertakluk kepada kelulusan Kabinet.

Pelancong melawat Grand Palace di Bangkok, Thailand.

Image via Athit Perawongmetha/REUTERS

Pelancong yang tidak mendapat suntikan vaksinasi Covid-19 sebelum ini akan turut dibenarkan masuk ke negara itu

Phiphat berkata, perbelanjaan pelancongan diramal mencecah sekurang-kurangnya 2.38 trilion baht (RM311 bilion) pada tahun ini. Pada 2019, Thailand menerima kemasukan 40 juta pelancong.

Malah, Thailand pada 9 Januari lalu membatalkan syarat wajibkan mewajibkan pelancong asing menunjukkan bukti vaksinasi Covid-19 dan menurut Menteri Kesihatannya, Anutin Charnvikul, tahap imunisasi mencukupi direkodkan di China dan seluruh dunia.

Beliau berkata, peraturan itu yang memerlukan setiap pelancong menunjukkan bukti telah divaksinasi adalah menyusahkan dan panel pakar memutuskan ia tidak perlu mengambil kira kadar vaksinasi yang mencukupi telah dibekalkan di seluruh dunia.

Anutin berkata, pelancong yang tidak mendapat suntikan pelalian itu akan turut dibenarkan masuk ke negara berkenaan.

Thailand adalah antara destinasi pelancongan paling popular di Asia yang sedang menerima kemasukan pelancong asing menggalakkan bagi musim puncak pertama sejak penarikan semula sekatan kemasukan yang ketat pada tahun lalu.

Pada November, seramai 1.75 juta pelancong memasuki negara itu, empat kali ganda jumlah yang diterima sepanjang tahun lalu berikutan jumlah penerbangan dan ketibaan pelawat asing dihadkan.

Anutin turut berkata, Thailand menjangkakan tujuh hingga 10 juta pelancong China, berbanding anggaran awal sekitar lima juta orang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: