seismik

"Tetap Sujud" - Budak Kuat Iman Tak Kisah Diganggu Kucing Masa Solat Ini Curi Tumpuan

Impressive!

Cover image via @_bhintank_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang digemari ramai

Iyalah, mana tidaknya kucing memang banyak perangai dan telatah mereka kadang menggeramkan. Kadangkala, mereka juga akan bergaya mengalahkan tuan rumah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil diganggu kucing semasa solat telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@_bhintank_

mau batal pun nanggung,udah rakaat terakhir#kucingnakal #kucingbrutal #kucingreog

original sound - -

Kucing sengaja duduk atas sejadah dan tarik rambut

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang solat berjemaah dengan anaknya di bilik mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anaknya itu mahu sujud, ada seekor kucing yang duduk di depannya. Lebih menghiburkan lagi, kucing itu dilihat seperti menarik rambut dan menerjah budak itu sehingga jatuh.

Namun, budak kecil itu tidak putus asa dan terus sujud walaupun telah dikacau sekali lagi oleh kucing itu.



"Semoga iman mu tetap kuat seperti ini nak ketika dewasa" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 16M tontonan, 1M tanda suka dan 22K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nakal ya kucing tu, bagus kau dik tetap sujud sambung solat! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: