seismik

[VIDEO] Terpaksa Lalu Jambatan, Abang Kurier Jatuh Ke Sungai Masa COD Ini Curi Tumpuan

Auto menyumpah.

Cover image via @mammm___ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman teknologi kini telah memudahkan urusan harian kita semua

Sebagai contoh, kita tidak perlu lagi keluar rumah untuk membeli barang. Semuanya boleh didapatkan dengan hujung jari kerana banyak dijual secara dalam talian. Jimat masa dan tenaga, malah murah lagi. 

Oleh sebab itu, banyak juga kerja-kerja abang kurier nak menghantar parcel. Tular baru-baru ini video di TikTok apabila seorang abang kurier terjatuh ke dalam sungai semasa COD ke rumah pelanggan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Terpaksa meniti jambatan kayu kecil, sekali terjatuh pula ke dalam sebab tak kukuh

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pekerja kurier sudah tiba di sebuah rumah pelanggannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat membawa parcel itu menuju ke rumah pelanggannya di seberang sungai. Abang itu pada awalnya gigih dan mengambil parcel itu sambil meniti jambatan kayu yang kelihatan tidak stabil.

Malangnya, sedang asyik dia berjalan, dia ternyata jatuh ke dalam sungai gara-gara papan kayu yang rapuh itu. Dia sempat menjerit sebelum jatuh ke dalam sungai.

"Ya Allah, terkeluar suara Abang Sally" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6M tontonan, 657K tanda suka dan 11K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan kejadian itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Auto masuk alam lain abang itu, kesian betul! :')

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: