seismik

[TERKINI] Wan Azizah Mungkin Bakal Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia

Dr Wan Azizah telah dilantik untuk memangku jawatan Perdana Menteri

Cover image via The Star Online

Susulan daripada perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebentar tadi, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal memangku jawatan tersebut

Memetik laporan Malay Mail, Wan Azizah yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dikhabarkan bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama selepas ini.

Sumber yang memberitahu portal tersebut berkata, Tun Mahathir telah melantik Wan Azizah untuk memangku jawatan tersebut selepas PPBM memutuskan untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

"Wan Azizah memangku jawatan perdana menteri," kata sumber yang juga rapat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Azizah bersama suaminya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pergi ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-pertuan Agong

Image via Sinar Harian

Menerusi laporan Free Malaysia Today, pasangan itu dilaporkan tiba di Istana Negara kira-kira pada jam 2:30 petang dan keluar pada jam 3:20 petang.

Pertemuan itu juga menyusuli pengumuman PPBM keluar Pakatan Harapan, 9 ahli Parlimen PKR keluar parti, dan pemecatan keahlian parti Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: