seismik

[TERKINI] Seorang Lelaki & Anak Perempuannya Melecur Akibat Kedai Dobi Meletup

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kedai dobi layan diri di Bandar Putera 2, Klang.

Cover image via Utusan Online

Sebuah kedai dobi layan diri 24 jam dikatakan telah meletup dan mengakibatkan dua beranak melecur selepas kejadian tersebut

Lokasi kedai dobi berkenaan adalah di Jalan 3E, Bandar Putera 2, Klang, Kejadian tersebut telah berlaku petang semalam, 4 Oktober.

Menurut laporan, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor iaitu Mohd Rizal Buang berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8:55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas tiba di lokasi kejadian.

Premis dobi layan diri tersebut.

Image via Harian Metro

Selepas pemeriksaan dilakukan, pihak bomba mendapati letupan tersebut telah berlaku di bahagian simpanan tangki gas di dalam lubang seluas 3 meter persegi.

Premis tersebut juga telah mengalami kerosakan 20% dan punca kejadian masih disiasat. Selain itu, kedua-dua mangsa turut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.

Jurucakap City Coin Laundry Sdn Bhd iaitu Kelvin Ang telah mengesahkan dua pelanggan yang terlibat adalah seorang lelaki dan anak perempuannya. Kedua-dua mereka mengalami kecederaan 50 dan 30 peratus dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Kedua-dua mangsa juga berada dalam keadaan yang stabil.

Ini bukan kejadian yang pertama membabitkan dobi layan diri: Laundrybar, malah pada April lalu telah berlaku letupan di premis yang terletak di Jinjang. Kejadian itu menyebabkan seorang wanita berusia 40-an cedera.

Kelvin turut berkata, “Dalam kes pertama di Jinjang, kami dapat mengenalpasti punca letupan disebabkan kebocoran gas selepas kerja penyelenggaraan, namun untuk kes kali ini, puncanya belum diketahui dan dalam siasatan bomba.

“Sebagai salah satu pelopor dalam perniagaan dobi, kami sentiasa mengamalkan langkah keselamatan ketat di outlet kami untuk memastikan keselamatan pelanggan sepanjang masa, namun sangat malang apabila insiden itu menyebabkan dua orang cedera,” katanya.

Image via Sinar Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara kes lain yang telah berlaku di kedai dobi layan diri 24 jam di Kedah:

You may be interested in: