seismik

[TERKINI] Lebih 1.1 Juta Pengguna Di KL & Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Hari Ini

Sebanyak 1,292 kawasan di beberapa daerah di Kuala Lumpur dan Selangor terjejas.

Cover image via Harian Metro & FMT Malaysia

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas

Ianya berikutan terdapat pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor pada pukul 2:00 pagi, 19 Oktober 2020.

Bagi proses pencairan dan 'flushing' bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor, tindakan segera telah dilakukan dengan melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 dengan kapasiti 285 juta liter sehari dan pelepasan air mentah dari empangan sebanyak 800 juta liter sehari.

Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

Sehingga pukul 6:30 pagi ini, pencemaran masih lagi di kesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON.

Henti tugas keempat-empat loji ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan

Ianya melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Dalam pada itu, Air Selangor telah menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300.

Bagi senarai penuh kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini, anda boleh rujuk di sini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: