seismik

[TERKINI] Lagi Kes Positif Covid-19 Di Pusat Beli-Belah, Setia City Mall & 1 Utama Pula

Pusat beli-belah tersebut segera menutup premis untuk tujuan pembersihan sanitasi.

Cover image via Google

Pihak pengurusan, 1 Utama Shopping Centre telah mengumumkan seorang daripada kakitangan di premis Parkson positif Covid-19

Menerusi kenyataan di Facebook oleh pusat beli-belah itu hari ini, pihaknya diberitahu mengenai seorang kakitangan di Parkson berkenaan positif Covid-19.

Pekerja kosmetik jenama Estee Lauder menerima keputusan pada hari Rabu, 7 Oktober dan disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, kontak rapat pekerja dalam premis berkenaan akan menjalani ujian saringan dan akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Premis tersebut ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan dan akan membuka semula dengan kumpulan kakitangan yang baru.

Berikut di bawah adalah kenyataan rasmi penuh yang dikeluarkan oleh pihak 1 Utama:

Dalam pada itu, terdapat juga kes positif Covid-19 di pusat beli-belah Setia City Mall

Menurut kenyataan di Facebook oleh pusat beli-belah itu hari ini, pihaknya menerima laporan hari ini bahawa terdapat kes positif Covid-19 di Fitness First.

Kontak rapat pekerja dalam premis berkenaan akan menjalani ujian saringan dan akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Berikut di bawah adalah kenyataan rasmi penuh yang dikeluarkan oleh pihak Setia City Mall:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: