seismik

[TERKINI] Lagi Gangguan Bekalan Air Di 1,279 Kawasan Selangor & KL Bermula Petang Ini

Seramai 1,139,008 akaun pengguna air bakal terjejas.

Cover image via Sokmo.net & Berita Semasa

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang

Hal demikian berikutan pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor yang menyebabkan pencemaran sumber air mentah di Sungai itu.

Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan 'flushing' bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari.

Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

Henti tugas keempat-empat loji ini telah menyebabkan gangguan air tidak berjadual di 1,139,008 akaun merangkumi 1,279

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu melibatkan kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup pada jam 6.00 petang.

Dalam pada itu, Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi senarai penuh kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini, anda boleh rujuk di sini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Xtra

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: