seismik

[TERKINI] Agong Nasihat Anwar Supaya Akur & Hormat Pada Proses Perundangan Negara

Anwar didakwa tidak mengemukakan senarai nama ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Cover image via Istana Negara (Facebook)

Dalam kenyataan susulan Istana Negara sebentar tadi, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak mengemukakan senarai nama ahli Parlimen yang menyokong beliau

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli Parlimen Port Dickson itu untuk akur dan hormat pada proses perundangan negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sesi pertemuan berlangsung hampir 25 minit itu menyaksikan Anwar tidak mengemukakan senarai nama ahli Dewan Rakyat bagi mengukuhkan dakwaan itu.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima Anwar untuk menghadap baginda di Istana Negara pada jam 11 pagi hari ini.

"Sesi menghadap ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 September lalu tetapi ditangguhkan berikutan kegeringan Al-Sultan Abdullah di mana Seri Paduka Baginda telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bermula pada 21 September hingga 3 Oktober lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Image via Astro Awani

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara:

Terdahulu, Anwar mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh selepas dirinya memperoleh sokongan majoriti

Menurut laporan, Anwar tidak boleh memaklumkan jumlah sokongan diterimanya namun mengakui ia melebihi 120 ahli Parlimen.

Kenyataan itu sama seperti apa yang diperkatakan Anwar sebelum ini bahawa dia mempunyai lebih 120 sokongan daripada ahli Parlimen yang membolehkan dirinya untuk menjadi perdana menteri.

Beberapa sumber parti bagaimanapun mendakwa tidak tahu mengenai jumlah sokongan yang diperolehi Anwar dan hanya presiden PKR itu sahaja yang tahu mengenai perkara itu.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: