seismik

[TERKINI] 274 Kawasan Di Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Sebanyak 309,687 akaun pengguna terjejas berikutan pencemaran di sumber air mentah.

Cover image via Harian Metro & Free Malaysia Today

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan bahawa loji rawatan air sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Suara Sarawak

Ianya ekoran insiden pencemaran air mentah di sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji-loji berkenaan.

Henti tugas loji-loji akan menyebabkan 274 kawasan terjejas, iaitu 309,687 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Antara wilayah yang terjejas ialah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Berikut di bawah adalah senarai penuh kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air:

Image via Air Selangor
Image via Air Selangor
Image via Air Selangor
Image via Air Selangor

Tindakan untuk mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang sungai Semenyih sedang giat dilaksanakan

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elena Baseri, Air Selangor juga sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna yang terjejas.

"Buat masa ini Air Selangor masih belum dapat menjangkakan tempoh masa operasi semula loji dan pemulihan bekalan.

"Kita akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa menerusi semua medium," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: