seismik

Terima Lesen Berniaga Lepas 35 Tahun Penantian, Che Nah Sujud Syukur Depan Annuar Musa

Alhamdulillah, terima kasih Tan Sri.

Cover image via Wilayahku

Di Malaysia, undang-undang telah menetapkan agar setiap individu atau pihak yang ingin menjalankan sebarang perniagaan mendapatkan lesen yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Gambar sekadar hiasan

Image via Diskusi Perniagaan

Kegagalan mendapatkan lesen yang sah sememangnya akan memberi kesan kepada peniaga.

Namun, untuk mendapatkannya tidaklah mudah bahkan ada yang terpaksa menunggu untuk sekian lama sebelum diberikan lesen yang sah daripada pihak berwajib.

Bagaimanapun, hari ini seorang peniaga bernama Che Nah kini boleh menarik nafas lega kerana akhirnya dia diberikan lesen perniagaan yang sah

Memetik laporan, Che Nah atau nama sebenarnya Minah Awang telah menanti selama 35 tahun sebelum ini untuk mendapatkan lesen tersebut, hari ini.

Hanya ungkapan "Terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah" sahaja mampu diungkapkan oleh penjaja tersebut selepas puas turun-naik ke pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mendapatkan lesen niaganya sebelum ini.

Lebih manis, lesen perniagaan Che Nah itu telah diserahkan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa

Menyifatkan ia sebagai hadiah teristimewa buatnya, Che Nah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Annuar yang membantunya untuk mendapatkan lesen tersebut.

Gembira selepas menerima lesen tersebut, Che Nah kemudiannya dilihat segera melakukan sujud syukur di situ.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana membantu mendapatkan lesen ini. Ia hadiah istimewa kepada saya," katanya.

Di ruangan komen Facebook Wilayahku, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan gembira terhadap keprihatinan yang ditonjolkan oleh Tan Sri Annuar

Syukur, berkat kesabaran Che Nah akhirnya dia diberikan 'hadiah' yang teristimewa ini. Semoga urusan peniaga-peniaga kecil yang lain juga akan dipermudahkan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: