seismik

Terbongkar Dari Mana Bau Busuk, Orang Awam Terkejut Jumpa Mayat Lelaki Dalam Longkang

Kes masih berada dalam siasatan.

Cover image via TikTok & Tabu Hapat Covid Alert (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penemuan mayat seorang lelaki telah menggemparkan penduduk di Batu Pahat, Johor

Menerusi perkongsian video di TikTok, mayat berkenaan dijumpai terperangkap di dalam longkang berhampiran sebuah kedai tayar kereta.

Perkara itu ternyata telah mengejutkan dan sekali gus menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan kejadian.

Lihat video itu di bawah:

Pihak penyelamat sudah mengeluarkan mayat selepas dapat laporan

Difahamkan, selepas terhidu bau busuk itu beberapa orang individu kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Jeriji longkang terbabit terpaksa dipotong oleh pihak penyelamat bagi proses mengeluarkan mayat berkenaan.

Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan masih tiada sebarang kenyataan dari pihak polis.

Orang ramai diminta untuk tidak memberikan pelbagai spekulasi mereka mengenai kejadian tersebut.

Image via TikTok

Harap dapat kenyataan daripada pihak polis mengenai kes ini nanti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: