seismik

Terbang Bila-Bila Masa Di Dalam Malaysia, AirAsia Tawar Pas Tanpa Had Hanya RM399

Pas ini boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi menarik di Malaysia dari 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Cover image via REUTERS & Digital News Asia

Susulan kebenaran perjalanan domestik di Malaysia yang bermula 10 Jun ini, AirAsia melancarkan Pas Tanpa Had baharu untuk memacu pelancongan domestik Malaysia

Pas tersebut boleh dibeli di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia selama tiga hari sahaja bermula dari 11 Jun hingga 13 Jun 2020.

Para pemegang Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia ini boleh menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi menarik di Malaysia bermula dari 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Antara lokasi yang ditawarkan ialah Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan

Image via AirAsia

Selain itu, penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asma,"Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021,” katanya.

Tempahan penerbangan juga mestilah dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas

Image via AirAsia

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan anda dengan Pas Tanpa Had AirAsia, sila rujuk panduan ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: