seismik

Tengah Syok Healing, Sekali Gadis Ini Cuak Tak Berani Gerak Sebab Kanan Kiri Ada Anjing

Dah sudah, macam mana nak balik tu?

Cover image via @milikorang24 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Healing di tepi pantai sudah menjadi kegemaran anak muda zaman sekarang

Iyalah, duduk di tepi pantai melayan bunyi ombak yang menyenangkan, siapa saja yang tak suka? Viewnya yang cantik dan indah juga membuatkan pengunjung rasa tenang dan nyaman.

Namun, lain pula yang jadi apabila dua orang gadis menjadi cuak dan takut apabila dua ekor anjing duduk di depan mereka sewaktu tengah healing telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dua-dua tak berani gerak sebab takut dikejar anjing

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang gadis sedang meluangkan masa di tepi pantai sambil duduk di atas float mattress yang ada di situ. 

Namun, perasaan riang bertukar menjadi gementar apabila dua ekor anjing tiba-tiba muncul dan duduk di depan mereka. Anjing berkenaan seolah-olah seperti bodyguard yang menjaga tuannya. 

Perkara itu membuatkan kedua-dua gadis duduk diam tidak bergerak kerana takut akan terjadi apa-apa. 

"Dengar cerita healing sampai tak balik-balik" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 925K tontonan, 94K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut cuak dengan situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau min kat situ, min mungkin jerit dulu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: