seismik

Tasha Shilla Dituduh Mabuk Dan Serang Bekas Teman Lelaki Di Kelab. Biar Betul?

Bekas teman lelaki Tasha Shilla juga dikatakan dipukul oleh 40 orang lelaki dalam malam yang sama.

Cover image via SAYS

Tasha Shilla adalah salah seorang pelakon yang popular di dalam industri seni tanah air

Image via rotikaya.com

Tasha Shilla pernah berlakon dalam drama seperti Terukir di Bintang dan Tabir Zulaikha dan pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dalam kategori Artis Wanita Baru Popular.

Kemenangan ini mencetus kontroversi kerana ramai yang kurang kenal Tasha Shilla pada ketika itu, dan dia dikatakan meraih undi dengan tajaan VIP.

blogspot.co.uk

Tasha Shilla juga pernah bercinta dengan seorang peninju Muay Thai profesional yang dikenali sebagai Hans. Tetapi sayangnya, cinta mereka terputus di tengah jalan.

Image via mynewshub.cc

Hampir dua tahun menyulam cinta Tasha Shila dan kekasihnya seorang peninju Muay Thai, Hans Wong membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing apabila mereka putus cinta.

Jelas aktres tersebut, perpisahan mereka adalah kerana beliau ingin memperbaiki diri sebelum menempuh alam perkahwinan pada masa hadapan dan menganggap tiada jodoh diantara mereka serta apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

beautifulnara.com

Dan sekarang, Hans sudah pun mempunyai pengganti atau kekasih baru yang bernama Carmen Emirda

Semalam, kecoh apabila Carmen memuat naik gambar bersama Hans dengan caption seolah-olah menuduh Tasha Shilla membuat serangan fizikal ke atas mereka

Menurut Carmen, Tasha telah menyerang dia dan Hans di sebuah kelab, dan Tasha juga telah disimbah air oleh orang ramai kerana kelakuannya itu. Selepas itu, Carmen mendakwa Tasha telah menghantar 40 orang lelaki untuk memukul Hans.

Adakah benar dakwaan Carmen? Rata-rata peminat Tasha Shilla tidak percaya dengan tuduhan tersebut, dan bertindak membuat serang balas di Instagram wanita berkenaan.

Walau bagaimanapun, Carmen telahpun upload gambar laporan polis yang dibuat oleh Hans ke atas Tasha Shilla itu ke Instagram miliknya

"Pada 28/8/2015, jam lebih kurang 03300HRS, semasa berada di Zouk Club 435, Jalan Tun Razak KL, saya dan rakan (Daniel Raj) telah dipukul oleh beberapa orang lelaki Melayu. Kejadian ini berpunca daripada selisih faham saya dengan bekas teman wanita saya, Tasha Shila (Natashashiela bt Abdul Razak). Semasa di dalam kelab, saya telah berjumpa dengan Tasha Shila untuk bersalaman dengannya, tetapi tidak diendahkan. Secara tiba-tiba Tasha Shila datang ke meja saya. Dalam masa sama, Tasha Shila juga telah menampar muka dan juga menendang kaki saya, tetapi saya tidak endahkan kerana dia berada dalam keadaan mabuk."

"Orang ramai yang berada dalam kelab telah menarik Tasha Shila untuk mengelakkan pergaduhan. Disebabkan Tasha Shila berada dalam keadaan mabuk, orang ramai telah menyimbahnya dengan air dan beberapa orang pengawal telah menghalau Tasha Shila keluar dari kelab tersebut. Semasa saya dan rakan Daniel Raj pergi ke tempat letak kereta, tiba-tiba datang lebih kurang 30 ke 40 orang datang menyerang kami. Kunci kereta telah dirampas oleh bapa kepada Tasha Shila."

Sementara itu, Tasha Shila kekal tenang seperti tiada apa yang berlaku

Kami melawat akaun Instagram Tasha Shilla. Nyata Tasha kekal tenang, upload gambar seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Terdahulu, Tasha Shilla turut mencetuskan kontroversi apabila gambar separa bogelnya tersebar luas di laman sosial sejurus selepas percintaannya dengan Hans putus

Image via www.ohdunia.my

Kaka Azraff, rakan baik Tasha Shilla dituduh menjadi orang ketiga yang menyebabkan putusnya percintaan tersebut dan menjadi dalang penyebaran gambar bogel Tasha Shilla.

Namun demikian, Kaka Azraff telah menafikan perkara itu. Tasha Shilla juga dikatakan telah membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat peguam untuk kes ini. Namun perkembangan selanjutnya tidak dapat dikenal pasti.

Kaka menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu fitnah yang sangat besar.

Image via extra.tonton.com.my

Tiada siapa yang tahu siapa yang benar, dan siapa yang salah dalam masalah ini.

Apa lagi kontroversi panas yang pernah berlaku sebelum ini?

You may be interested in: