seismik

Tangan Tersangkut Dalam Mesin Tikam, Budak Ini Bertuah Dihadiahkan Semua Telur Mainan

Aduhai, macam mana boleh tersangkut?

Cover image via @emypokni (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk sentiasa mengawasi gerak geri anak-anak

Banyak kes yang kita sudah dengar berkaitan kemalangan disebabkan kecuaian ibu bapa. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu lebih cakna dengan setiap perkara yang anak-anak sedang lakukan.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang kanak-kanak tersangkut tangan di dalam lubang mesin tikam ini telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tangan tersangkut dalam mesin, sekali tauke kedai belanja mainan dari mesin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @emypokni, kelihatan dia merupakan salah seorang ahli bomba yang datang untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak itu.

Apa yang menarik perhatiannya, kes kali ini agak unik kerana tangan budak itu tersangkut dek kerana ingin mengambil telur mainan di dalam mesin tikam tersebut.

Di ruangan kapsyennya, dia juga berkata supaya ibu bapa perlu mengawasi gerak geri anak-anak. Mujur, si kecil itu tidak mengalami kecederaan serius.

Walaupun tuan kedai mengalami kerugian disebabkan mesin tikam itu terpaksa dipotong. Namun, dia dengan baik hatinya memberikan kesemua telur mainan di dalam mesin tikam kepada budak itu.

"Ini mesti kes mak tak bagi duit tikam. Last-last anak masuk tangan dalam tu. Haha, sebab aku pun pernah buat dulu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.6M views, 79.9K likes dan 1,578 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tapi kan, min tertanya macam mana dia masukkan tangan dia sampai tersepit ya? :/

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: