seismik

"Tangan Berseni" - Lukis Rumah Untuk Sambut Syawal, Seni Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Memang macam real!

Cover image via @zameerpentbrush (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Raya menjelang tiba, ramai yang mula membuat persiapan untuk menyambut bulan Syawal

Ada yang mengecat rumah, membeli perabot baru dan barang dekorasi untuk mencantikkan lagi rumah sewaktu hari perayaan. 

Namun begitu, lain pula apabila lelaki ini gigih melukis rumahnya kemudian videonya itu telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@zameerpentbrush

Maafla rumah saya rumah papan je.tp raya tetap jadi!! Jom la od od..#dekorasirumah #mural #kampung #raya #pentbrush

bunyi asal - Jaa900620118822 - Jaa900620118822

Orang lain hias rumah, tapi dia lukis rumah

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat melukis rumahnya itu dengan cantik. Lukisan itu dilihat seperti lukisan sebenar. Antaranya lukisan yang dilukis adalah seperti rumah kayu yang mempunyai tingkap, tin Milo, barang-barang klasik dan sebagainya. 

"Bang, kalau saya datang nanti bagitahu mana pintu yang betul ya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 121K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan hasil lukisan lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak macam real. Memang berbakat betul! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: