seismik

Tampilkan Plot 'Slasher' & Lebih Tragis, Filem Evil Dead Rise Tarik Perhatian Ramai

Jom sama-sama saksikan filem ini di pawagam!

Cover image via @JatIkhwan (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Filem bergenre seram 2023, Evil Dead Rise menjadi filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat francais tersebut untuk dipertontonkan di pawagam

Naskhah francais seram ngeri, "Evil Dead Rise" ini diarahkan oleh penulis atau pengarah, Lee Cronin dan juga mendapat sentuhan pencipta siri dan ikon seram iaitu Sam Raimi. Ia menampilkan jalan cerita yang lebih seram, mengerikan dan pasti tidak akan mengecewakan jangkaan peminat francais itu.

Karya ini merupakan judul kelima siri Evil Dead, sekuel kepada filem olahan semula filem seram Evil Dead yang ditayangkan pada tahun 2013. Francais ini muncul pada awalnya dengan filem seram komedi Evil Dead yang ditayangkan pada tahun 1981 dan dikembangkan kepada filem kedua Evil Dead 2: Dead by Dawn (1987) dan Army of Darkness (1992).

Ia diteruskan dengan siri TV iaitu Ash vs Evil Dead yang berlangsung selama 3 musim menjadikannya popular seluruh dunia dan turut menjadi rujukan banyak filem seram lain.

Setakat ditayangkan 11 hari, filem ini berjaya meraih kutipan box office di pawagam dan menerima ulasan yang positif daripada pengkritik.

Mengisahkan tentang tentang dua beradik perempuan terasing, yang dilakonkan oleh Alyssa Sutherland dan Lily Sullivan di mana mereka ditemukan semula dengan kemunculan syaitan pemakan daging

Beth, seorang music technician yang sedang mengandung menziarahi kakaknya iaitu Ellie dan anak-anaknya di sebuah pangsapuri di Los Angeles.

Semua kelihatan harmoni dan damai namun ia berubah 360 darjah selepas mereka terjumpa sebuah buku lama di bangunan kediaman yang kemudiannya mengembalikan syaitan paling kejam dan berkuasa, menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan untuk menyelamatkan diri mereka dan melindungi sesama sendiri.

Kejadian yang berlaku di tingkat atas pangsapuri berkenaan menyebabkan mereka terdesak mencari jalan untuk keluar daripada seksaan dan ancaman syaitan jahat ini sekaligus mengorbankan ramai manusia yang tidak berdosa.  

Ini turut mendorong mereka ke dalam perjuangan utama untuk terus hidup untuk menghadapi krisis, tragedi keluarga yang paling mengerikan.

Image via IMDb
Image via IMDb
Image via IMDb

"Baru tengok tadi seram dan mengerikan pastu sebaris saya ada yang kena histeria" - Netizen

Susulan tularnya ciapan itu yang kini meraih sehingga 3,801 retweets, 10.7K likes dan 30 komen di Twitter, rata-rata mereka menyatakan amat berpuas hati dengan plot dan adegan-adegan dalam filem ini. 

Malah, ada juga netizen yang turut berkongsi pendapat mereka tentang karya seram ini dan aneh mengapa filem ini diluluskan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Bagi anda yang belum tengok filem ini, jom ke pawagam! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: