seismik

Tamatkan Penantian 41 Tahun Negara, Azeem Fahmi Kini Manusia Ketiga Terpantas Di Asia

Pelari remaja berusia 19 tahun itu berjaya meraih gangsa 100m dalam Sukan Asia di Hangzhou, China.

Cover image via Arif Karim via Olympic Council of Malaysia (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Muhammad Azeem Fahmi menamatkan kemarau 41 tahun Malaysia untuk meraih pingat 100 meter (m) lelaki dalam Sukan Asia apabila memenangi gangsa di Hangzhou, China semalam (30 September)

Pelari remaja berusia 19 tahun itu mencatat kepantasan 10.11 saat (s) untuk memenangi gangsa hanya dalam penampilan pertamanya pada temasya empat tahun sekali itu.

Jaguh pecut tuan rumah, Xie Zhenye merangkul emas dengan catatan 9.97s, manakala perak milik Puripol Boonson dari Thailand selepas mencatat masa 10.02s.

Malah, Azeem juga menewaskan bekas juara dunia B-20, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia yang berada di kedudukan ke 6.

Image via Berita RTM

Kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam acara 100m ialah menerusi Rabuan Pit pada 1982 di Delhi, India.

Rabuan ketika itu memenangi emas dengan catatan 10.68s menewaskan Jang Jae-keun dari Korea Selatan.

Pengalaman dan hasil latihan keras di Amerika Syarikat ternyata membantu meningkatkan prestasi Azeem dan tidak mustahil beliau mampu melakar rekod baharu bawah 10 saat satu hari nanti.

Sebagai rekod, Azeem yang memegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s bakal beraksi dalam dua lagi acara iaitu 200m dan 4×100m.

Tonton video pecutan yang menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia daripada Azeem di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: