seismik

"Takut Pedophile" - Jual Patung Seks Rupa Kanak-Kanak, Netizen Risau Baca Review Pembeli

Bahayanya.

Cover image via @masitah96 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang menganggu fikiran netizen

Seorang gadis berkongsi rakannya saja scroll Shopee dan menemui beberapa barang jualan yang pelik. Barang tersebut merupakan patung seks yang berupa kanak-kanak. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Terkejut rupa-rupanya ramai yang beli dan berikan review

Menerusi tangkap layar tersebut, beberapa penjual patung seks kanak-kanak ditemui melalui laman Shopee. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebenarnya ramai juga yang pernah membeli patung berkenaan. Lebih parah lagi, ada yang siap memberikan review tentang patung tersebut setelah dibeli. 

Apa yang membuatkan ramai lebih risau adalah apabila ada juga orang yang bersetuju dengan penjualan patung tersebut. 

Tak lama kemudian, penjualan patung seks ini telah dihapuskan oleh pihak Shopee

Kemudian, SAYS menghubungi Shopee untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Dalam satu kenyataan kepada penulis SAYS, pihak Shopee memberi jaminan bahawa syarikat itu tidak akan bertoleransi dengan penjualan barang yang membahayakan itu.

Mereka mengeluarkan senarai barang penjualan tersebut dengan segera. Pihak Shopee juga mengharamkan mana-mana akaun penjualan yang menjual barangan tersebut.

"Kandungan jenis menjijikkan ini tidak akan tersenarai di platform kami dan kami sedang menjalankan semakan seluruh untuk memastikan pengguna kami dilindungi daripada penyenaraian sedemikian. Kami juga sedang menyiasat penjual yang terlibat," katanya.

Di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, menjual, mengedar, atau membeli apa-apa buku lucah, risalah, kertas, lukisan, lukisan, representasi atau figura atau apa-apa objek lucah lain sekalipun adalah satu kesalahan yang boleh dihukum.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: