seismik

Tak Sangka! Malaysia Kini Sudah Memasuki Gelombang Ketiga Covid-19

Dah masuk gelombang ketiga dah. Kes pula masih kekal pada tiga angka.

Cover image via Google

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik Covid-19

Semalam, sebanyak 375 kes baru Covid-19 dicatatkan dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baru.

Daripada jumlah itu, 371 adalah penularan tempatan dan empat lagi kes import dengan kes tertinggi dicatatkan di Sabah sebanyak 271 kes.

"Kita telah memasuki gelombang ke-3 Covid-19"

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, Dr Noor Hisham, beliau mengingatkan agar kita perlu bersama berpadu tenaga untuk memutuskan wabak berbahaya ini.

"Kita sekarang memasuki gelombang ketiga #COVID19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita," katanya.


Ada di antara dalam kalangan netizen yang mahu lockdown dibuat sementara waktu

Disebabkan kes di Malaysia kekal berada pada tiga angka, ada yang berpendapat untuk menyeru kerajaan untuk melakukan lockdown buat sementera waktu. Ini kerana bagi memutuskan rantaian ini dengan kadar segera.

Namun, seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, mereka tidak akan membuat perintah kawalan pergerakan buat masa ini kerana bimbang akan ekonomi negara dan pendapatan yang akan terjejas bagi rakyat Malaysia. 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: