seismik

"Tak Sampai 24 Jam Iklankan" - Pemuda Ini Berjaya Jual Motosikal RX-Z Pada Harga RM60,000

Motosikal RXZ biru keluaran Yamaha itu pada awalnya dibuka pada harga RM122K bersama-sama helmet Bell oren.

Cover image via Joe Shaari (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak kebelakangan ini, motosikal keluaran Yamaha iaitu RX-Z dan 125zr masing-masing melonjak harga serta mencipta sejarah apabila berjaya terjual dengan harga sehingga puluhan ribu daripada harga asal

Masakan tidak, mula dilancarkan pada pertengahan zaman 80-an, motosikal RX-Z keluaran Yamaha ini masih lagi mengumpul jumlah peminat yang ramai sehingga kini.

Motosikal yang terkenal dalam kalangan peminat enjin dua lejang ini walau bagaimanapun telah ditamatkan pengeluarannya oleh Yamaha sejak dari tahun 2011 lagi sekaligus membuatkan model ini menjadi rebutan peminat yang melabelnya sebagai rare.

Terbaru, tular di media sosial apabila seorang pemuda mengiklankan motosikal Yamaha RX-Z untuk dijual kembali dalam keadaan 90 peratus new old stock (NOS) dengan harga mencecah RM62,000.

Selain itu, pemuda berkenaan juga menawarkan pembelian combo dengan helmet Bell berwarna oren pada harga RM65,000 dengan jumlah kedua-duanya bernilai RM122,000.

Harga yang ditawarkan nyata mengejutkan ramai peminat lama RX-Z sekaligus mengundang kecaman berikutan harga yang dikatakan tidak masuk akal.

Tidak sampai 24 jam diiklankan, motosikal Yamaha RX-Z itu berjaya dijual pada harga RM60,000

Walaupun mendapat kecaman ramai, tidak sampai 24 jam diiklankan di Facebook, pemuda itu tetap berjaya menjual motosikal Yamaha RX-Z itu pada harga RM60,000 kepada seorang pembeli dari Kedah.

Alhamdulillah syukur syukur syukur.. rezeki Allah ini luas.. jangan kita kecilkan ia. Rxz biru bohjan terjual dengan RM60K.. Pemberani dari kedah. Demo kenal bare boh. Senang handle tak cerewet.. 

Terima kasih kepada semua yang share dan juga pada semua yang komen.. yang kecam tu kita rilek2 je kerana mereka lah yang tolong kita untuk femeskan posting kita. 

Senang cari buyer.. Takde la sendu je tiada yang komen. Yang kaki kecam tu macam biasa la bila kita post jualan mereka kata siapa yang nak beli harga tu..

Bila dah jual mereka kata tu semua marketing je padahal kawan2 yang snap gambar berlakon buyer.. joe dah lama jadi broker barang macam ni.. dah tak kesah janji dapat komisyen.. Barang2 macam ni saya sendiri pun tak terpikir dek akal kenapa harga dia mcm tu.. orang yang main bidang tu sahaja yang tahu.. 

Bila pemintaan lebih banyak dari stock. Tu harga jadi tinggi.. sama je benda lain .. semalam kasut nike terjual RM70k , 3 minggu lepas sebiji hotwheels terjual RM20K dan baju bundle terjual RM28K.. bila kita tak duduk bidang tu kita memang fikir tak logik harga tu.. tapi yang kenal barang? Renung-renungkan..

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: