seismik

Tak Sabar Asyik Terjun, Lelaki Ini Sampai Naik Angin Selamatkan Kucing Jatuh Perigi

Si kucing pun tak reti nak duduk diam.

Cover image via @ramagansofficial (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk pelihara

Disebabkan ia sangat jinak dan comel, ramai menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan. Namun, ada juga yang panjang akal sehingga membuatkan ramai geram. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menyelamatkan kucingnya namun lain pula yang terjadi telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak dapat selamatkan kucing sebab asyik nak terjun saja

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berusaha menyelamatkan kucingnya yang terjatuh dalam perigi rumah. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kucing itu tidak menyabar kerana asyik melompat keluar daripada baldi apabila diangkat oleh tuannya.

Namun, perkara itu membuatkan kucing itu terjatuh kembali ke dalam perigi. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya kucing itu dapat diselamatkan.

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Member dah tak sabar nak naik tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 18M tontonan, 1.5M tanda suka dan 39K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa geram melihat kucing itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, buat hal lah kucing!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: