seismik

“Lebih Mudah & Pantas” - Ini Cara Top Up Kad Touch 'n Go Anda Guna Aplikasi eWallet

Lebih mudah selepas ini.

Cover image via @TravelJimat (Twitter) & Amanz

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kad Touch 'n Go sangat sinonim dengan pembayaran tol betul tak?

Seperti yang kita semua tahu, kini banyak sistem yang menggunakan cashless kerana lebih memudahkan dan cepat. Jika dulu kita perlu beratur panjang untuk bayar tol secara tunai, tetapi sekarang tidak lagi.

Malah, kad Touch ’n Go perlulah ditambah nilai terlebih dulu sebelum digunakan. Kebiasaannya kita pasti akan menambah nilai di stesen minyak berdekatan kerana mereka mempunyai perkhidmatan tersebut.

Namun, tahukah anda bahawa kad Touch 'n Go kini sudah mempunyai keluaran terbaru yang memudahkan anda untuk menambah nilai hanya melalui telefon saja.

Lihat cara di bawah ini:

1. Beli kad

Image via Wap Car

Perkara pertama yang anda perlu ada ialah kad Touch ’n Go yang baru. Anda boleh mendapatkannya secara dalam aplikasi atau beli di stesen minyak berdekatan. Jangan lupa muat turun aplikasi Touch ’n Go eWallet.

2. Masukkan penambahan kad ke dalam aplikasi

Anda boleh melakukan penambahan dengan menggunakan ciri NFC terus, atau secara manual memasukkan nombor siri yang tertera pada bahagian kad.

3. Tekan butang 'Reload now'

Seterusnya, tap pada butang Reload, dan sentuh kad TNG anda pada bahagian NFC di belakang telefon. Ia seterusnya akan membawa kepada skrin memperlihatkan berapa kredit yang anda ingin tambah.

4. Masukkan jumlah nilai kredit

Masukkan nilai kredit, dan tekan “Reload Now”. Amaun paling minima yang boleh ditambah nilai adalah RM10. Sebaik sahaja selesai memasukkan nilai, anda akan diminta untuk melakukan pengesahan (imbasan wajah atau kata laluan).

5. Sentuh kad untuk tambah nilai

Seterusnya, anda akan diminta menyentuh sekali lagi kad untuk tujuan tambah nilai. Aplikasi seterusnya akan memaparkan skrin berjaya, dan kredit terus boleh digunakan pada kad TNG anda. Proses keseluruhan cuma mengambil masa dalam seminit dua sahaja.

Mudah je nak tambah nilai lepas ni. Tak payah susah-susah keluar lagi :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: