seismik

"Tak Ada Otak" - Lelaki Baling Botol Arak Dari Tingkat Atas Rumah Timbul Kemarahan Ramai

Biadap!

Cover image via @redzuanNewsMPB (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang kes yang kita boleh lihat berlaku dalam masyarakat kita

Masih ramai dilihat melakukan tindakan yang tidak bermoral dan di luar jangkaan ramai. Sememangnya tindakan ini akan mengundang kemarahan ramai. Tambahan lagi, apabila ia turut melibatkan orang yang tidak bersalah.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi seorang lelaki sedang membaling botol kaca telah menimbulkan kemarahan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Selamba baling botol arak ke tengah jalan raya

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berada di sebuah apartment. Namun, salah seorangnya dilihat memegang botol arak kosong sambil bersedia untuk melakukan sesuatu.

Lebih menimbulkan kemarahan ramai, lelaki itu dilihat membaling botol kaca tersebut dari tingkat atas rumah terus kepada jalan raya yang penuh kereta di bawah.

Difahamkan, Polis Kuala Lumpur kini sedang dalam siasatan untuk mengesan individu tersebut.

"Orang sekarang tayang kebodohan tak segan-segan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka dan mengecam tindakan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 179.9K views, 4,100 retweets dan 3,022 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Memang patut diambil tindakan tegas dekat dia ni!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: