seismik

Tahukah Anda Burj Khalifa Ada 3 Waktu Berbuka Puasa Mengikut Ketinggian?

Satu ciri unik yang tiada pada bangunan lain di dunia.

Cover image via The National

Setiap kali Ramadan tiba, antara perkara paling penting yang orang nak tahu semestinya waktu berbuka puasa. Dan pada bulan ini juga, orang ramai serta-merta menjadi expert tentang bilakah masuknya waktu Maghrib.

Image via waryapost.com

Tepat dan sangat terperinci.

Seperti yang kita tahu, berlainan kawasan mempunyai waktu berbuka yang berbeza. Ada yang lebih cepat dan ada yang sedikit lambat.

Jika di Malaysia, penduduk di Sabah dan Sarawak selalunya akan berbuka sejam lebih awal daripada mereka di Semenanjung.

Hal ini disebabkan oleh kedudukan Sabah dan Sarawak yang terletak di bahagian timur yang mengalami waktu terbenam matahari lebih awal berbanding di barat.

Tetapi berlainan pula bagi bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa. Bangunan ini mempunyai satu ciri unik tersendiri yang tiada pada bangunan lain di dunia.

Burj Khalifa, bangunan pencakar langit 163 tingkat di Dubai dengan ketinggian 828 meter ini mempunyai TIGA waktu berbuka puasa berbeza bagi penduduk di situ, meskipun mereka, secara teknikalnya berada di tempat yang sama. Ya, tiga!

Fatwa ini telah dikeluarkan pada tahun 2011 oleh Pengarah Urusan Agama Islam dan Amal Sosial Dubai, Dr. Ahmed Al Haddad.

Tapi apa sebabnya?

Walaupun hanya bertapak di satu kawasan, waktu berbuka puasa di Burj Khalifa ditentukan mengikut ketinggian. Lain tingkat, lain waktunya.

Disebabkan bangunan ini terlalu tinggi, maka terdapat perbezaan dalam melihat matahari terbenam bagi setiap tingkat.

Pendek kata, mereka yang berada di tingkat bawah akan melihat matahari terbenam lebih awal berbanding mereka yang berada di tingkat atas.

Image via burjkhalifa.ae

Menurut Ahmed, mereka yang tinggal dari aras 80 dan ke bawah, akan berbuka puasa sama dengan waktu azan Maghrib di tv atau masjid berdekatan.

Individu yang berada di aras 80-150 akan berbuka puasa dua minit selepas azan, manakala mereka yang tinggal di aras 151 dan ke atas harus berbuka puasa lewat tiga minit.

Lebih unik lagi, konsep yang sama turut diguna pakai bagi menentukan waktu Subuh. Namun kali ini, konsepnya terbalik.

Image via dailymail.co.uk

Mereka yang berada di aras 151 dan ke atas akan menunaikan solat Subuh tiga minit lebih awal.

Ini kerana mereka yang berada di atas akan melihat matahari terbit lebih awal berbanding mereka yang berada di tingkat bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SEISMIK!

You may be interested in: