seismik

Tahniah! DBKL Antara Yang Terawal Beku Lesen Permohonan Baru Penjualan Arak Serta-Merta

Semoga ramai lagi pihak berkuasa tempatan akan mengambil langkah serupa.

Cover image via Bernama

Kekerapan kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk telah mencetuskan rasa kesal dan marah dalam kalangan orang ramai

Kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk yang berlaku pada 1 Jun 2020

Image via Berita Harian

Boleh dikatakan, kini hampir setiap hari ada sahaja kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan insan yang tidak bersalah kehilangan nyawa dalam sekelip mata.

Bahkan awal pagi semalam, satu lagi kes berlaku di mana seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas dilanggar dari belakang oleh seorang individu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Melihat kepada senario yang sedang berlaku, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil langkah terawal bagi membantu menangani masalah tersebut

Image via Astro Awani

Memetik laporan, DBKL berkata pihaknya akan membekukan semua permohonan baru lesen minuman keras di Kuala Lumpur berkuat kuasa serta-merta.

DBKL dalam satu kenyataan yang dikeluarkan olehnya berkata, pihaknya menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja memaklumkan, tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana peniaga yang ingkar.

"Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen," kata kenyataan itu.

Alhamdulillah, satu langkah awal yang baik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: