seismik

Tabung Haji Umum Dividen 3.25 Peratus, Tertinggi Dalam Tempoh 7 Tahun

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Cover image via Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia & Tabung Haji (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat lebih tinggi sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, berbanding 3.1 peratus pada tahun kewangan sebelumnya

Menurut laporan Harian Metro, agihan keuntungan itu membabitkan jumlah sebanyak RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion pada 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit TH selepas mengambil kira bayaran zakat sebanyak 2.57 peratus.

Menurutnya, pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula hari ini.

Image via Berita Harian

"Alhamdulillah, ini adalah pulangan terbaik sejak 2018. TH akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi masa hadapan bagi membantu pendeposit mengembangkan tabungan haji mereka secara mampan," katanya.

Difahamkan, dividen kali ini merupakan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun

Dalam pada itu, menerusi laporan Berita Harian, TH sudah merekodkan prestasi pelaburan yang baik pada tahun lalu dengan mencatatkan pulangan pendapatan 5.08 peratus sebelum pelunasan zakat, Bantuan Kewangan Haji dan kos operasi.

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, TH mencatatkan pendapatan keseluruhan berjumlah RM4.56 bilion, meningkat 6.29 peratus berbanding RM4.29 bilion yang direkodkan pada 2023.

Jumlah aset di bawah pengurusan TH telah mencapai RM95.06 bilion, naik 3.77 peratus daripada RM91.61 bilion pada 2023.

Peningkatan itu didorong oleh pendapatan dan nilai pelaburan yang lebih kukuh. Dana pendeposit pula telah mencecah RM91.75 bilion pada akhir 2024, meningkat berbanding RM89.01 bilion pada akhir 2023.

Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: