seismik

Tabung Haji Labur RM640 Juta Di Amerika Syarikat. Betul Atau Salah?

Spekulasi tersebar luas mengenai Lembaga Tabung Haji melaburkan sejumlah wang yang besar di Detroit, Amerika Syarikat.

Cover image via malaysiatravelnews.com

Baru-Baru Ini, Terdapat Satu Spekulasi Mengatakan Lembaga Tabung Haji Akan Membelanjakan RM640 Juta Dalam Pelaburan Hartanah Di Detroit, Michigan Di Amerika Syarikat

Image via blogspot.com

Laporan Itu Dipercayai Diambil Dari Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad Melalui Sebuah Tulisan Berjudul "Kenapa Tabung Haji Tidak Patut Membuat Pelaburan Di Detroit, Amerika"

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Sejauh Manakah Kebenaran Perkara Itu?

Dalam Perkembangan Terbaru, Lembaga Tabung Haji Menafikan Sekeras-Kerasnya Mengenai Dakwaan Tersebut Dan Meminta Agar Orang Ramai Tidak Mudah Mempercayai Sumber-Sumber Yang Tidak Rasmi

Tabung Haji sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar di Amerika Syarikat.

Image via blogspot.com

"Tabung Haji menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan Tabung Haji di Amerika Syarikat baru-baru ini. Tabung Haji sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat."

bernama.com

"Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar," kata Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan.

mstar.com.my

Lembaga Tabung Haji Setakat Ini Hanya Membuat Pelaburan Di Arab Saudi, United Kingdom, Australia Dan Negara-Negara Asia Untuk Mempelbagai Pelaburan Tetapi Bukan Di Amerika Syarikat

Aktiviti utama Tabung Haji adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak dan gas, hospitaliti, perkhidmatan dan makanan halal.

mstar.com.my

Aktiviti utama Tabung Haji adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan pelaburan.

Image via ahlibeyt.az

Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, Tabung Haji akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Aset.

bernama.com

"Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat. Tabung Haji sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya," kata Lembaga Tabung Haji lagi.

bharian.com.my

JUGA DI SAYS: Rosmah Dapat Jadi Hero Di New York

You may be interested in: