seismik

Syok Buat Video, Warganet Pula Dakwa Nampak Rose & Lisa BLACKPINK Di Belakang

Biar betul?

Cover image via @aqiiid (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja tidak kenal dengan kumpulan popular dari Korea Selatan BLACKPINK bukan?

Muzik mereka disukai ramai sehingga menjadi fenomena di seluruh dunia, tidak kira daripada pelbagai golongan umur.

Mereka terdiri daripada empat orang ahli iaitu Jennie, Rose, Lisa dan juga Jisoo. Kesemuanya mempunyai peminat mereka tersendiri.

Namun, lain pula dengan video yang dikongsi di TikTok seorang pemuda ini apabila ada yang mendakwa ternampak Rose dan Lisa dibelakangnya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Ramai pula dakwa nampak Rose dan Lisa dekat belakang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi videonya berjalan ketika berada di luar negara.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah ramai mendakwa ternampak kelibat ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Rose dan Lisa dibelakangnya.

Walaupun ramai yang mengatakannya, tetapi ia masih belum pasti sama ada ia adalah mereka atau tidak. Malah, lelaki berkenaan juga memberikan reaksi selepas tular videonya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"This is so random but congrats" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi mereka. Ada yang kata ya dan ada yang kata itu bukan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 712.8K views, 44.2K likes dan 310 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kalau betul itu mereka, untunglah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: