seismik

Syabas Telah Siapkan Kerja Naiktaraf & Tiada Lagi Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang

Kerja-kerja naiktaraf itu telah selesai dibuat pada 24 April, Rabu, jam 11 malam.

Cover image via The Malaysian Times

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah melakukan kerja-kerja penambahbaikan Sistem Bekalan Air Loji Rawatan Air SSP2 bermula semalam, 24 April telah siap dilaksanakan pada hari yang sama iaitu jam 11 malam

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Sun

Kerja-kerja penambahbaikan ini telah melibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang yang telah terjejas dengan gangguan air.

Namun begitu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malay Mail, pemulihan penuh dijangka akan mengambil masa selama 24 jam.

Loji air akan diaktifkan semula dan proses pengedaran air yang telah dirawat ke kolam-kolam utama dan sistem pengagihan utama akan dijalankan terlebih dahulu sebelum air diagihkan kepada pengguna

Image via Google

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SYABAS, "Pemulihan bekalan air yang berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan ketinggian premis pelanggan."

Abdul Raof Ahmad yang merupakan Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor turut merakamkan ucapan terima kasih di atas segala kerjasama semua pihak selama gangguan air berjadual ini berlaku.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berikut merupakan kawasan-kawasan yang telah terjejas oleh gangguan bekalan air dan diikuti dengan tempoh masa gangguan:

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: