Susulan Isu Teknikal, Pak Cik Tampar Student Non-Muslim Akan Didakwa Semula Petang Ini
Perkara itu membuatkan warga emas terbabit terkejut dengan arahan berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Warga emas yang didakwa menampar seorang pemuda yang dikatakan tidak berpuasa, Ahad lalu, akan didakwa semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru, petang ini
Menerusi laporan Harian Metro, Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, berkata ketika prosiding pada pagi tadi di Mahkamah Majistret Johor Bahru, terdapat isu teknikal berkaitan pertuduhan yang difailkan terhadap individu terbabit.
Katanya, selepas diperiksa semula Jabatan Peguam Negara (ACG) berpuas hati terhadap kertas pertuduhan dan pendakwaan wajar dikenakan terhadap individu berkenaan.
"Isu teknikal membabitkan pertuduhan telah diatasi dan individu terbabit akan dituduh semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada petang ini.
"Jabatan Peguam Negara komited untuk memastikan semua pihak memperoleh keadilan yang sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Warga emas tersebut memberitahu beberapa fakta yang dibacakan tidak tepat
Pegawai kesihatan yang memeriksa mangsa mengesahkan mangsa mengalami lebam di pipi kanan.
Bagaimanapun, Orang Kena Saman (OKS) kemudian menyatakan beberapa fakta yang dibacakan adalah tidak tepat.
"Masa tak betul. Saya tampar tapi tak sampai lebam," katanya.
Namun apabila Majistret bertanya semula kepada OKS sama ada dia mahu dibicarakan, OKS kemudian berkata dia tetap mengaku bersalah walaupun tidak bersetuju dengan fakta kes dibacakan.
Ini menyebabkan Majistret kemudian menolak pengakuan bersalah OKS berkenaan.
"Saya terpaksa menolak pengakuan bersalah bersyarat dibuat OKS kerana pengakuan bersalah seharusnya dibuat tanpa bersyarat," kata Majistret.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya mendapat arahan untuk meletakkan kes tersebut sebagai Dilepas Tanpa Dibebaskan (DNAA) semasa berhujah menetapkan jaminan tertuduh
Disoal Majistret sama ada kes berkenaan akan dituduh semula, Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan mahkamah kes berkenaan akan dituduh semula selepas Pejabat Peguam Negara di Putrajaya meneliti semula kertas siasatan.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tular video warga emas berkenaan meminta pemuda terbabit untuk menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan dia bukan beragama Islam.
Enggan menunjukkan kad pengenalannya, dia kemudiannya mendakwa telah dimarahi warga emas berkenaan yang kemudian turut menamparnya beberapa kali.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!