seismik

Suri Rumah, Balu & Ibu Tunggal Layak Untuk Skim i-Suri KWSP. Pendaftaran Bermula Hari Ini!

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan dengan sistem e-Kasih boleh menyertai i-Suri dengan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan.

Cover image via Utusan Borneo

Pendaftaran bagi Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat oleh mereka yang layak bermula hari ini, 15 Ogos

Image via Ulama Sedunia

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd. Naim Daruwish berkata, mereka yang layak perlu mendaftar sebagai ahli KWSP sebelum memohon menyertai caruman tersebut.

“Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan dengan sistem e-Kasih boleh menyertai i-Suri dengan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan.

“Caruman itu perlu dibuat ke dalam akaun simpanan persaraan bagi me­layakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar Harian Metro.

Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KSWP di seluruh negara.

Pembukaan pendaftaran i-Suri ini adalah susulan daripada pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri, DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018, minggu lalu

Timbalan Perdana Menteri, DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Image via Sayang Sabah

Menurut DS Wan Azizah, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim  i-Suri. i-Suri akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

"Fasa pertama bermula 15 Ogos ini dengan kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP.

"Bagi fasa kedua, sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Fasa ini dijangka bermula tahun depan.

"Fasa ketiga insentif SURI adalah di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri dengan pelancaran fasa ini dijangka pada awal 2020, namun beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan," tambahnya lagi.

Individu yang menepati kelayakan akan mendapat manfaat sama seperti ahli KWSP iaitu dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian

Image via FMT

Berdasarkan statistik eKasih, seramai 221,890 suri rumah, balu (98,536) dan ibu tunggal (28,116) dari golongan miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu selepas mendaftar untuk i-Suri.

Bagi maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-80008000.

Sementara bagi penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: