seismik

Suami Isteri Rentung Dalam Nahas Kemalangan Kereta Dengan Bas Ekspres

Pasangan suami isteri ini baru sahaja berusia 26 tahun.

Cover image via Facebook Jabatan Bomba

Terdapat Satu Kemalangan Berlaku Pada 8 Oktober 2014 Di Pekan, Pahang Di Mana Sepasang Suami Isteri Rentung Apabila Kenderaan Mereka Terbakar Selepas Bertembung Dengan Sebuah Bas Ekspres

Sepasang suami isteri rentung apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah bas persiaran dalam kemalangan di KM16 Jalan Pekan-Nenasi dekat Kampung Sungai Miang, Pekan pada pagi 8 Oktober 2014.

bernama.com

Mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta, seorang anggota tentera Mohd Safiuddin Mohd Sezali, 26, berasal dari Kampung Panchor Merah, Permaisuri, Terengganu dan isterinya, Nor Farina Rosli, 26, dari Kampung Edang, Melor, Kelantan yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Desa Sungai Sayong Kluang, Johor.

malaysiakini.com

Ketika Kejadian, Kereta Yang Dinaiki Mangsa Dipercayai Hilang Kawalan Sebelum Bertembung Dengan Sebuah Bas Persiaran Dari Arah Bertentangan. Akibat Perlanggaran, Kedua-Dua Kenderaan Terbabit Hangus Terbakar.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata dalam kejadian 4.45 pagi itu, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang sedang menghala ke Kuala Terengganu bersama 30 penumpang.

astroawani.com

"Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan tersebut hangus terbakar dan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Persona itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Yahaya Othman.

bharian.com.my

Kesemua Penumpang Beserta Pemandu Bas Berkenaan Berjaya Menyelamatkan Diri. Walau Bagaimanapun, Pasangan Suami Isteri Itu Tidak Dapat Diselamatkan.

Yahaya berkata pihak bomba yang dimaklumkan tentang kejadian itu kira-kira 5 pagi bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Nenasi bersama 11 anggota dan pegawai.

bernama.com

Katanya kesemua penumpang bersama pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan.

malaysiakini.com

Kedua-Dua Mangsa Kemudian Dihantar Ke Hospital Pekan Untuk Bedah Siasat

Image via panoramio.com

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat," kata Yahaya.

astroawani.com

JUGA DI SAYS: [MESTI BACA] Suami Kutip Cebisan Daging Isteri Selepas Berkecai Digilis Lori Pasir

You may be interested in: