seismik

Kena Kacau Pontianak Masa Masuk Rumah Sewa Baru, Suami Isteri Ini Kongsi Kisah Benar

Tak sangka sampai macam tu sekali.

Cover image via @lino.cel(TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang pasti akan takut dan terkejut bila nampak makhluk ghaib di depan mata

Sama juga yang berlaku dengan pasangan suami isteri ini apabila mereka kongsi kisah seram yang berlaku di rumah sewa.

Kisahnya bermula dengan pasangan suami isteri berpindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Mereka menyewa di rumah Taman Medan kerana harganya murah. Rumahnya pula berdekatan dengan pasar raya Matahari.

Gambar sekadar hiasan

Image via Google

Tak sedap hati bila first time masuk rumah jumpa kain putih lusuh

Menurut wanita itu, dia terjumpa sehelai kain putih lusuh berlumpur kering di dalam bilik tidur utama. Bukan setakat itu, ada juga dua hingga tiga helai rambut panjang terlekat pada kain itu.

Tanpa berfikir panjang, dia membuat keputusan untuk membuang kain itu ke dalam tong sampah di luar rumah mereka.

Pada hari kedua, mulalah perkara pelik berlaku. Semasa suami pergi kerja, wanita itu mendengar suara orang mandi dalam bilik air. Wanita itu terpaksa menelefon suaminya kerana ketakutan namun suaminya menyuruh baca surah yang patut.

Apabila bunyi itu dah hilang, dia memberanikan diri untuk check di bilik air namun sungguh mengejutkan apabila berus gigi dia dan suami ada di atas jamban duduk.

Yang lebih menyeramkan, najis bersepah dekat atas lantai. Dia terpaksa membersihkan tandas itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook

Lagi terkejut apabila suami balik kerja nak makan nasi, tetapi basi pula

Ada satu hari itu, suaminya menjerit apabila mendapati nasi yang dimasak isterinya basi dan bau hancing padahal si isteri baru saja masak nasi dan masih panas lagi.

Tanpa melengahkan masa, suaminya bangun dan azan di tengah rumah, namun ada suara lain yang ikut azan dari bilik kosong.

Apabila suami tendang pintu dan nyalakan lampu, bilik itu kosong tetapi bau hanyir busuk bangkai.

Tak lama itu, suami bengang dan hubungi pemilik rumah namun pemilik rumah itu tidak memberi sebarang jawapan kerana ia merupakan masalah peribadi penyewa.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pngtree

Masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur macam nak pecah

Bunyi kuat itu membuatkan kedua-dua suami isteri bangun daripada tidur. Suami sampai menjerit jangan ganggu. Selepas itu, mereka memasang ayat suci Al-Quran sampailah pagi. 

Esoknya tak sangka pula ada kesan lebam dekat peha dan perut. Sampaikan wanita itu takut duduk rumah seorang. 

Tak lama itu, suami balik kerja dan terus memarahi isterinya kerana menghantar teks WhatsApp berbentuk mantera padahal isterinya tidak menghantar sebarang teks. 

Mereka terasa terganggu apabila beg dompet suami terbakar

Duit, IC, kad bank semua hangus. Belum lagi kes gambar kahwin semua retak. Selepas itu memang terdengar bunyi benda mengilai dekat ruang tamu. 

Suami dah tak tahan sampai dia menelefon ustaz untuk membantunya namun ustaz itu tidak berada di kawasan rumahnya. 

"Lepas je ustaz cakap dekat kuantan, ada satu suara garau cakap dekat depan pintu bilik aku macam ni, di kuantan ya, hihihi"

"Ustaz itu dengar dan terus baca sesuatu dan suruh suami azan di setiap penjuru bilik" tulisnya. 


Gambar sekadar hiasan.

Image via Gempak

Pagi esoknya, selepas balik daripada beli nasi lemak, suami isteri terkejut ada dua ekor burung gagak terbang dalam rumah

Suami isteri itu dah tak sanggup nak melalui kisah seram ini, mereka berdua berhasrat untuk keluar daripada rumah. 

Namun, semasa wanita itu keluar daripada bilik selepas mengemas, dia terjumpa pontianak dengan rambut panjang sampai ke pinggang. Rambutnya kusut sampai menutup mata, dan lebih mengejutkan dia memakai baju lusuh yang dibuang pada hari pertama. 

"Lutut aku goyang, mulut terkunci, badan gigil, ingat dalam filem je bentuk pontianak macam ni, rupanya reality pun sama, sampai terketa aku menangis sampailah pengsan" tulisnya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via @isusemasaviral (X)

Sedar-sedar, wanita itu dah ada di pusat rawatan Islam dan mereka berdua berpindah rumah sewa baru di Taman Desa Perangsang.

“Aku tak lah percaya sangat benda macam ni tapi kes ni pernah jadi kat kawan mak aku masa dia sewa rumah baru mak aku cakap benda tu owner rumah yang bela” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 287K tanda suka dan 5K komen di TikTok, ada segilintir netizen pernah mengalami pengalaman yang sama. 

Berikut merupakan antara komen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Meremang baca kisah seram ni :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: