seismik

Suami Belanja Isteri Barangan Elektrik Selepas Capai 'KPI' Jadi Suri Rumah. Iron Tu Best!

Tak semua perempuan perlu dimanjakan dengan emas dan berlian. Wah, gitu!

Cover image via Twitter @fazlinazhran

Alamak, penyapu patah!

Padahal baru je beli bulan lepas. Geram betul!

Image via Gifer

Situasi seperti ini biasanya perempuan sahaja yang akan rasa. Mana tidaknya, tengah syok-syok buat kerja rumah, tiba-tiba penyapu patah, iron baju tiba-tiba nak rosak, mop lantai tiba-tiba tercabut batang dan macam-macam lagi.

Stress habis rasanya!

Sebab itulah, jika anda inginkan barangan yang boleh tahan lama untuk digunakan, kenalah upgrade sikit. Memang tak dapat dinafikan, barangan rumah semakin mahal, tapi tengok juga jenama yang anda pilih.

Jika berbaloi dengan harga, bolehlah beli. Nak pakai pun tak perlu risau sebab memang akan tahan lama.

Seorang wanita di laman Twitter iaitu @fazlinazhran baru-baru ini telah berkongsi tentang ganjaran yang diberikan oleh suaminya selepas berjaya capai 'KPI' menjadi suri rumah.

Wah, macam-macam dia dapat!

Perkongsian tersebut berjaya mencuit hati netizen dan menganggap bahawa tindakan suaminya itu memang perlu dilakukan oleh ramai lelaki yang bergelar suami di luar sana.

Husbands, take note!

Tweet tersebut telah meraih lebih 4 ribu retweets ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:

Antara barangan yang dihadiahkan kepadanya.

Kalau nak tahu, wanita paling bahagia kalau dapat steam iron tu. Upgrade habis!

Ini pula barangan keperluan sebelum upgrade kepada yang baru. Masih boleh digunakan cuma kalau dapat yang berjenama dan tahan lama, mungkin lebih seronok buat kerja rumah. Hehe.

Hahaha guys, yang KPI housewife tu melawak ja la. Laki aku tak torture pun kena ada KPI, and aku bukan housewife pun haha. Tapi kalau boleh jadi housewife full time, sapa takmau. Aku quit kerja sekarang jugak! Hahaha.

Sampai netizen pun turut excited tengok semua barangan yang diterima. Memang syoklah buat kerja rumah lepas ini!

Semoga wanita ini terus menjadi isteri mithali buat suaminya. Amin. ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian mencuit hati yang lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: