seismik

"Struggle Nak Baca" - Pelajar Kongsi Cheat Sheet Tulisan Saiz Kecil Ini Curi Tumpuan Ramai

Wow! Boleh baca ke tu?

Cover image via @sxfffiyyyaaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cheat sheet merupakan nota ringkas yang ditulis dalam satu helaian kertas

Kebiasaannya cheat sheet ini digunakan apabila waktu peperiksaan yang membenarkan untuk membawa nota kaki. 

Tetapi ada juga pelajar yang menggunakan cheat sheet ini sebagai nota untuk rujukan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di laman sosial, apabila pelajar ini menunjukkan cheat sheet masing-masing. Tetapi tulisan kecil mereka pula yang menjadi perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@sxfffiyyyaaaa

Haaa gitula struggle nak baca

original sound - Saf

Ingatkan tulisan dia dah kecil, rupanya ada yang lagi kecil

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sxfffiyyyaaaa, kelihatan pelajar ini menunjukkan hasil cheat sheetnya dan rakan-rakanya.

Apa yang menarik perhatian adalah ketika dia menunjukkan kertasnya, ramai sudah menyangka tulisannya itu sudah kecil. Tetapi sebaik saja dia menunjukkan kertas rakan-rakannya, rupa-rupanya tulisan mereka lebih kecil daripadanya.

Lihat video progress ketika dia membuat cheat sheet di bawah:

@sxfffiyyyaaaa Lepas ni takde dah cheat sheet dah last semester #student #nz original sound - Saf
@sxfffiyyyaaaa

Update progress on my cheat sheet that nobody asked for I just feel like ranting :)

original sound - Saf

"This exam actually memang allow everyone to make cheat sheet. Tapi trust me, time dapat paper kita kelam kabut ye nak salin jawapan" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, kini ia telah meraih sebanyak 1.2M views, 162.1K likes dan 920 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, mendapati rata-rata netizen berkata kemungkinan pelajar ini menulis kesemua nota dari buku teks. Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika membuat cheat sheet itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dulu min pun pernah buat cheat sheet ni. Tapi sayang satu nota pun tak masuk :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: