seismik

Stoking Dipakai Anwar Ibrahim Jadi Bualan, Netizen Dakwa Hanya Berharga RM2.40 Di Eco Shop

Kedai RM2?

Cover image via @anwaribrahim (Twitter) & @saipolyazan383 (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, pemakaian beliau sering menjadi perhatian ramai

Ada saja benda yang menjadi isu dan viral tentang pemakaiannya. Malah, ada yang sanggup mencari harga barangan yang beliau pakai.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai pemakaian Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau memuat baik beberapa keping foto menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menarik perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Stoking jadi perhatian, ada yang dakwa beli di kedai RM2

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan ciapan daripada Datuk Seri Anwar itu mendapat perhatian ramai oleh kerana jenama stokingnya.

Ada netizen yang mendakwa stoking yang dipakai Anwar Ibrahim sewaktu mengadakan pertemuan hanyalah berharga RM2.40.

Malah, beberapa individu ada yang sehingga memuat naik tangkap layar menunjukkan jenama stoking yang dipakai Anwar itu.

Lihat ciapan itu di bawah:

"Sampai ke stokin depa cari hebat rakyat Malaysia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat gambar tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 356 retweets, 45 quotes tweets dan 1,207 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Sampai ke stoking yang cari, power betul korang :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: