seismik

KJ Jawab Tuduhan 'Double Standard' Dan Dakwaan Atlet Paralimpik Tak Diberi Insentif

Rakyat Malaysia dah mula ambil berat terhadap para atlet negara. Syabas!

Cover image via SAYS

Sejak minggu lalu, ramai netizen berkongsi video kejayaan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter di sebuah kejohanan paralimpik

Ridzuan Puzi merekod masa 12.08 saat, sekali gus menobatkannya sebagai juara untuk acara ini mengalahkan atlet dari negara lain seperti Argentina, Poland, Great Britain, dan China.

Kejayaan Ridzuan Puzi ini amat membanggakan, malah ramai yang memuji dan menjulang beliau sebagai seorang lagi wira negara sebaris dengan Datuk Lee Chong Wei.

Image via Facebook

Tangisan emas!

Image via Facebook

Untuk maluman, video ini sebenarnya telah dirakam pada bulan Oktober tahun lalu di Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2015 di Doha, Qatar.

Namun begitu, dalam pada ramai yang memuji, netizen juga agak kurang senang dengan ketiadaan liputan mengenai kejayaan Ridzuan Puzi merangkul pingat emas. Riuh rendah ruangan komen dengan pelbagai tohmahan dan persoalan.

Ada juga yang bertanya, kenapa atlet paralimpik tidak mendapat insentif yang sama seperti atlet olimpik lain?

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Bila sesuatu isu itu berkenaan sukan, semestinya nama Khairy Jamaluddin yang akan dipetik

Image via Facebook
Image via Facebook

Jadi apa kata KJ? Adakah atlet paralimpik tidak mendapat ganjaran yang setimpal seperti atlet olimpik lain?

Image via Facebook

KJ tampil memberi penjelasan.

Menurutnya, Ridzuan Puzi diberi imbuhan yang sama seperti atlet 'biasa', menang anugerah di Anugerah Sukan Negara yang disiar secara langsung dengan keberangkatan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong, dan diangkat sebagai Anak Muda Terbilang di Perhimpunan Pemuda UMNO.

Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan pandangan dan komen mengenai para atlet Paralimpik kita dalam media sosial. Saya sangat gembira sebab sekian lama merek tidak dapat perhatian sepertimana mereka dapat hari ini daripada 'netizens' Malaysia.

Namun demikian, izinkan saya juga memberi sedikit penerangan berkenaan posting-posting yang tersebar luas berkenaan kejayaan mereka (seperti gambar-gambar dibawah) seolah-olah mereka tidak diberi perhatian mahupun pengiktirafan oleh kerajaan sepertimana yang diberi kepada para atlet Olimpik tempoh hari.

Ada yang baru jumpa video Ridzuan Puzi yang telah menang pingat emas dalam acara 100m T36. Mereka share video ini seolah-olah kemenangan itu perkara baharu yang baharu sahaja berlaku. Actually, video itu daripada tahun 2015 di Kejohanan Dunia Olahraga Para bukannya di Paralimpik 2016. Paralimpik 2016 yang dianjurkan di Rio belum bermula lagi. Kontinjen Paralimpik Malaysia belum berlepas lagi (mereka berlepas esok) dan saya baru sahaja berjumpa dengan mereka petang tadi (ada gambar di bawah). Jadi mustahil berlaku apa-apa kemenangan Paralimpik 2016 sebab temasya tersebut belum bermula lagi.

Ada yang mungkin tanya, "OK lah, kalau benda tu benda yang lama, apa yang kamu buat? Takkan kamu tak iktiraf beliau?" Jawapannya semua ada pada gambar-gambar yang ada di bawah. Ridzuan Puzi diraikan dalam pelbagai acara. Beliau diberikan imbuhan yang sama seperti atlet 'biasa' (sejak saya dilantik Menteri Sukan insentif kemenangan bagi atlet 'biasa' dan atlet Para atau OKU adalah sama rata). Beliau menang anugerah di Anugerah Sukan Negara yang disiar secara langsung dengan keberangkatan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong. Beliau di angkat sebagai Anak Muda Terbilang di Perhimpunan Pemuda UMNO. Biar gambar berbicara apa yang telah kita laksanakan. Sama juga untuk atlet para yang lain seperti
Felicia Mikat yang juga dinobatkan di Anugerah Sukan Negara.

facebook.com

Felicia Mikat (dua dari kiri) dan Ridzuan Puzi (tiga dari kiri) dirai dalam satu majlis yang dianjur oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Image via Khairy Jamaluddin/Facebook

Ridzuan Puzi diangkat sebagai Anak Muda Terbilang di Perhimpunan Pemuda UMNO.

Image via Khairy Jamaluddin/Facebook

KJ juga mengisytihar bahawa atlet paralimpik yang membawa pulang pingat pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016 nanti akan dirai dan diberi pencen seumur hidup!

Atlet Malaysia dirai dalam satu majlis penuh gilang gemilang.

Image via Khairy Jamaluddin/Facebook

Petang tadi sewaktu saya berjumpa kontinjen Paralimpik negara saya mengulangi komitmen saya bahawa nilai pingat mereka sama dengan pingat di Olimpik dan mereka juga akan dapat elaun bulanan sepanjang hayat (pencen) sekiranya menang pingat sepertimana atlet 'biasa'.
Mungkin ada yang juga kata tak ada publisiti, sebab itu orang tak tahu tentang semua ini.

Mungkin ada kebenaran disitu. Tapi kalau semak FB saya, memang sentiasa saya mempromosikan atlet Paralimpik luarbiasa Malaysia. Saya telah tulis tentang perubahan dasar supaya mereka diberikan insentif atau imbuhan yang sama pada 2013. Tapi mungkin ramai yang tak sempat baca.

facebook.com

Walaupun dikecam, KJ gembira melihat rakyat Malaysia mula memberi perhatian dan amat mengambil berat terhadap atlet paralimpik negara. Beliau berharap agar sokongan seperti ini berterusan.

Namun walau apa pun, saya rasa gembira sebab walaupun ada yang kecam saya dengan fakta dan andaian yang tidak tepat, sekurang-kurangnya ramai yang mula pandang kepada para atlet OKU kita. Saya harap sokongan ini berterusan. Bukannya hanya waktu nak bash pihak tertentu apabila benda yang tidak betul diviralkan.

Please share this post with your friends. Not so much for me but because people should know that our para athletes have been looked after and celebrated when no one really paid much attention. It's ok that you dislike me and the government I represent but please don't say we don't care about them. I have supported Malaysian para athletes since my first day in office and I will continue to support them long after the spotlight moves to the latest viral issue Malaysian netizens want to latch on to.

facebook.com

In the meantime, please support them in the upcoming Rio Paralympic Games. Mereka luarbiasa. Dan saya yakin mereka akan mencipta sejarah yang luarbiasa di Paralimpik Rio 2016.

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bagi sesiapa yang terlepas mengenai berita kejayaan Ridzuan Puzi dan Felicia Mikat, sila baca di bawah:

You may be interested in: